Header Ads

  • Terkini

    Tentera Amerika Tembak Mati Budak Perempuan 8 Tahun Di Yaman

    SANA’A, 3 Jamadilawal 1438H, Selasa – Tatkala laporan media memberi perhatian kepada kematian anggota tentera Amerika Syarikat (AS) ketika serangan di Yaman Ahad lalu, salah seorang mangsa paling tragis operasi diarahkan oleh Presiden Donald Trump adalah seorang budak perempuan berusia lapan tahun.


    Tentera Amerika Tembak Mati Budak Perempuan 8 Tahun Di Yaman

    Operasi hujung minggu lalu dalam usaha AS mengumpul maklumat mengenai aktiviti Al-Qaeda di Semenanjung Arab, terutama kumpulan ekstremis berprofil tinggi.

    Walaupun, AS mengatakan operasi itu berjaya, laporan dari Yaman menunjukkan orang awam, bukannya pejuang, terpaksa membayar harga yang tinggi.

    Menurut sumber perubatan, daripada 30 orang yang dibunuh oleh komando AS dalam serangan itu, sekurang-kurang 10 daripadanya adalah wanita dan kanak-kanak.

    Antara mangsanya ialah Nawar Al-Awlaki berusia lapan tahun. Nawar adalah anak kepada pendakwah kelahiran AS, Anwar Al-Awlaki – warga Amerika pertama dibunuh dalam satu serangan pesawat udara AS pada 2011 – yang mendapat kecaman kumpulan hak asasi manusia setelah beliau dinafikan hak perbicaraan yang adil.

    Dua minggu selepas pembunuhan Anwar, anak lelakinya Abdulrahman, 16, juga dibunuh dalam satu serangan AS menggunakan dron. Abdulrahman adalah warga Amerika yang dilahirkan di Denver, Colorado.


    Dengan pembunuhan Nawar, ia menunjukkan tiada lagi keluarga Anwar Al-Awlaki yang selamat. Tidak kira sama ada mereka adalah kanak-kanak atau tidak, atau terlibat dalam kegiatan pengganas atau tidak.

    Dalam kiriman Facebook, bapa saudara Nawar, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air, Ammar Al-Aulaqi berkata, Nawar ditembak beberapa das dengan sebutir peluru mengenai leher.

    “Dengan Nawar memiliki personaliti yang baik dan pemikirannya yang lebih matang daripada usianya, dalam kesakitan itu dia meminta ibunya supaya tidak menangis. Tatkala azan Subuh berkumandang, dia pergi untuk selama-lamanya,” tulis Ammar.

    Kematian tragis Nawar adalah kesan disebalik tindakan pentadbiran Trump menentang apa yang dikatakan kumpulan radikal Islam.

    “Nawar ditembak dileher dan menderita selama dua jam kerana kesukaran mendapat bantuan perubatan. Kenapa bunuh kanak-kanak? Inilah pentadbiran baharu AS. Amat menyedihkan, satu jenayah yang besar,” kata datuk Nawae, Nasser Al-Awlaki.

    Dalam kenyataan selepas serangan itu, Pentagon tidak merujuk kepada kematian orang awam, sebaliknya menyatakan seorang anggota tenteranya terbunuh ketika operasi itu.

    Menyatakan operasi itu berjaya, trump berkata, Amerika sedih dengan berita bahawa seorang anggota tentera AS terbunuh dalam tindakan menghapuskan kumpulan pengganas Islam.

    Dua lagi anggota tentera AS cedera apabila pesawat V-22 Osprey yang dalam usaha mengangkut komando yang cedera diserang dan musnah, kata Pentagon. – Agensi

    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad