Header Ads

  • Terkini

    Bayi Dalam Pelukan Mayat Datuknya Ditemui Selamat Dalam Runtuhan

    BALI, Indonesia ― Selalu ada keajaiban disebalik peristiwa bencana alam, itulah yang berlaku baru-baru ini di Kampung Sukawana Bali, Indonesia. Bayi berusia dua bulan selamat dalam pelukan atuknya walaupun tertimbun runtuhan tanah selama 4 jam.


    Bayi Dalam Pelukan Mayat Datuknya Selamat Dalam Runtuhan

    Berkat tangisan bayi ini pasukan penyelamat berjaya mengesan suara dan terus melakukan galian selepas 4 jam kejadian tanah runtuh berlaku.

    Bayi berkenan ditemui dalam dekapan mayat atuknya yang berusia 65 tahun, manakala bapa bayi difahamkan meninggal ketika di bawa kehospital, sementara ibu dan neneknya selamat dan kini sedang di rawat.

    Menurut ahli keluarga Arya, ketika kejadian kedua-dua orang tuanya tidur bersama cucu mereka, ketika dia balik kerumah dia telah mendapati rumahnya telah ditimbun runtuhan tanah.


    Tidak menunggu lama dia cuba mengali menggunakan tangan, namun tidak membuahkan hasil

    Tidak lama selepas itu pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian, selepas 4 jam melakukan pencarian tiba-tiba mereka terdengar tangisan bayi.


    Ketika itu pasukan penyelamat berdiri tepat di atas suara dan menemui bayi berkenan berada dalam dekapan atuknya yang sudah meninggal.

    Selain kampung Sukawana dua kampung lain juga turut di timpa tanah runtuh, hingga kini mangsa meninggal sudah mencapai 12 orang manakala puluhan lain cedera. - tempo.co

    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad