Header Ads

  • Terkini

    Cara Mengetahui Berus Yang Diperbuat Dari Bulu Babi Dan Ciri-Cirinya

    Berikutan isu penjualan berus-berus yang diperbuat dari bulu babi dan Menteri KPDNKK telah mengarahkan bahagian penguatkuasa kementerian itu menghentikan serbuan ke atas kedai-kedai yang menjual berus yang diperbuat daripada bulu babi, adalah penting untuk umat Islam mengetahui ciri-ciri berus yang diperbuat dari bulu babi supaya tidak membelinya.


    Cara Mengetahui Berus Yang Diperbuat Dari Bulu Babi Dan Ciri-Cirinya
    Berikut ini adalah cara-cara untuk mengetahui berus dari Bulu Babi (Khinzir) dan ciri-cirinya:
    1. Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
    2. Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
    3. Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
    4. Senang didapati berbanding bulu haiwan lain. Penggunaan bulu khinzir atau khinzir hutan (dipanggil “Bristle”) kerana bentuk mereka yang keras dan kasar.
    Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya yang bercabang (split ends). Bulu (bristles) daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat. Lihat gambar di bawah.

    bubu babi hujung bercabang


    Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.


    Maha suci Allah menjadikan bulu khinzir (boar bristles) berbeza dengan haiwan yang lain. Mungkin ada hikmah disebaliknya – agar umat Islam dapat membezakannya.


    Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya. wallahu a’lam Jadi, berhati-hatilah. InsyaAllah dengan izinnya, semoga kita semua sentiasa dilindungi.

    Kongsikan artikel ini kepada orang Islam yang lain agar tiada lagi yang tertipu.. InsyaAllah.

    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad