Header Ads

  • Terkini

    Gambar Kekasih 'Cute' Tersebar, Abam Bocey Tampil Beri Kenyataan

    Pelawak Abam dari kumpulan Bocey telah tampil menjelaskan statusnya apabila sekeping gambar dirinya bersama seorang gadis cun tersebar. Kata pelawak popular ini, dia akui sedang berkawan dengan gadis.


    Gambar Kekasih 'Cute' Tersebar, Abam Bocey Tampil Beri Kenyataan

    Namun kata Abam lagi, dia sedang kenali hati beberapa wanita namun sehingga kini masih belum ada yang betul-betul membuatnya jatuh cinta untuk dijadikan pasangan hidup.

    Abam akui telah memperkenalkan wanita-wanita itu kepada ibunya terlebih dahulu sebelum dia meneruskan hubungan dengan serius.

    Ini komennya:

    "Saya ada berkawan dengan ramai wanita tapi semuanya masih dalam proses berkawan sahaja, tiada lagi yang istimewa untuk dijadikan isteri.

    "Selalunya saya akan bawa balik dan kenalkan kepada ibu dahulu, jika ibu berkenan saya akan serius dengan hubungan itu. Ada juga beberapa yang dia suka tapi saya pula tidak berkenan,"


    Abam diminta mengulas tentang sekeping gambar dia bersama seorang wanita bertudung yang tersebar di Internet.

    Baca: Wow!.. Gadis Cun Sabah Berjaya Pikat Hati Abam Bocey dan Keluarga

    bagaimanapun, Abam tidak menolak seandainya akan berkahwin dalam tahun ini jika bertemu jodoh yang sesuai.

    Ini komennya lagi:

    "Saya ini orang istimewa, bukan sebab saya artis tetapi sebab saya ada karenah yang orang susah nak terima. Lelaki pun ramai yang tidak mahu berkawan dengan saya.

    "Pendek kata, kalau ada jodoh saya kahwin, kalau ada 'bodoh' saya blah,"

    Sementara itu, Abam berkata, dia juga merancang untuk mengumpul seberapa banyak aset dan simpanan terlebih dahulu sebelum berumah tangga.

    Semoga selamat mencari jodoh Abam, memang ramai yang minat tu....

    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad