Terkini


Jet RM133 Juta Dibeli Dengan Duit Curi 1MDB Tersadai Di Singapura

Singapura - SEBUAH jet berharga USD30 juta (RM133 juta) yang dibeli menggunakan duit curi daripada 1MDB, dilaporkan telah tersadai di salah sebuah lapangan terbang di Singapura.


Jet RM133 Juta Dibeli Dengan Duit Curi 1MDB Tersadai Di Singapura

Jet jenis Bombardier Global 5000 milik 'dalang' (mastermind) di sebalik pencurian wang 1MDB, Jho Low itu dikatakan sudah ditahan oleh pihak berkuasa Singapura sejak dua minggu lalu, di Lapangan Terbang Seletar, Singapura.

Jet itu dilapor merupakan sebahagian daripada aset-aset haram yang dibeli menggunakan wang curi daripada 1MDB bernilai lebih USD1 bilion dan sedang dalam proses rampasan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, DOJ (Department of Justice).


DOJ pada Julai tahun lalu mengeluarkan satu arahan untuk merampas jet berkenaan di dalam satu fail mahkamah yang menyenaraikan aset-aset bernilai lebih USD1 bilion yang didakwa telah dibeli oleh Jho Low dan rakan-rakan subahatnya menggunakan duit yang dicuri daripada 1MDB.

Baca: Jabatan Kehakiman AS Failkan Saman, Mohon Rampas Harta 1MDB

Dokumen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat itu antara lain, turut menyebut butiran jet peribadi jenis Bombardier Global 5000 dengan nombor siri 9265 dan nombor pendaftaran N689WM, yang memiliki dua enjin Rolls Royce bernombor siri 12487 dan 12488.

Sumber: TheEdgeMarket

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments