Header Ads

  • Terkini

    Lelaki Lakukan Onani, Simbah Air Mani Pada Wanita Di Pasaraya

    Kuala Lumpur – Tindakan seorang lelaki melakukan onani dan menyimpan air maninya dalam bekas sebelum ia disimbah pada seorang wanita di sebuah pasar raya di Jalan Klang Lama mengundang padah apabila dia ditahan polis Isnin lepas.


    Lelaki Lakukan Onani, Simbah Air Mani Pada Wanita Di Pasaraya

    Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, lelaki terbabit ditahan pihak pengurusan pasar raya tersebut selepas perbuatan peliknya itu disedari mangsanya yang berusia lingkungan 20-an.

    Menurut sumber, sejurus lelaki itu ditahan pihak pengurusan pasar raya, individu terbabit kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

    “Siasatan mendapati, cecair berkenaan telah disahkan sperma. Kami percaya individu terbabit telah melakukan onani sebelum memasukkan cecair itu ke dalam bekas yang dipegangnya dalam kejadian,” katanya


    Sementara itu, kejadian tersebut berjaya dirakam menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di pasar raya itu sebelum ia dimuat naik dalam laman sosial media Facebook dan dijadikan viral.

    Menerusi klip video berdurasi 17 saat itu, kelihatan seorang lelaki sedang berjalan sambil memegang sebuah botol kecil pada tangan kirinya sebelum dia bertindak menyimbah ‘kandungan’ botol itu ke bahagian belakang seorang gadis yang sedang memilih barangan di pasar raya tersebut.

    Bagaimanapun, perbuatan peliknya itu telah disedari gadis berkenaan apabila dia mendapati ada sesuatu jenis cecair melekat pada bahagian belakang bajunya.

    Difahamkan, lelaki itu kini ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan. – Kosmo

    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad