Terkini


‘Mat Tere’ Menangis Ditahan Polis Kerana Hina TMJ (Video)

Muhammad Zul Apiz Baharum, 29, atau dikenali ‘Mat Tere’ ditangkap kira-kira jam 3 petang semalam. Ketua Pemuda Umno Negeri, Mohd Azam Ismail megharapkan pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana dikategorikan tidak sempurna.


‘Mat Tere’ Menangis Ditahan Polis Kerana Hina TMJ (Video)

“Kami merayu dia tidak dikenakan tindakan undang undang berdasarkan dia dikategorikan sebagai individu kurang sempurna.

“Kami cukup yakin dia dipergunakan dalam isu ini memandangkan sudah beberapa kali dia menjadi viral video sebelum ini,” katanya yang juga Ketua Pemuda Umno Ketereh kepada Sinar Harian, di sini, hari ini.

Terdahulu, satu rakaman yang disebarkan Mat Tere mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Difahamkan Mat Tere dikatakan ditangkap di bandar Kota Bharu yang ketika itu bersama rakan-rakannya.

Mohd Azam membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu kira-kira jam 10.15 malam hari ini.

Dalam masa yang sama sekumpulan warga Ketereh berkumpul berdekatan Ibu Pejabat Daerah Kota Bharu.

Dalam pada itu sepupunya, Yusrizam Ahmad, 42,yang tinggal di Kampung Dendang, Ketereh yakin Mat Tere diperalatkan.


“Ini adalah kes aniaya dan saya harap Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat siapa dalang yang membuat video berkenaan.

“Dia adalah anak yatim yang mana ibunya sudah meninggal dunia dan kini tinggal bersama bapa saudara kami,” katanya.


Dia juga berharap polis menyiasat pihak yang bertanggungjawab kepada individu yang menpergunakan Mat Tere.

“Kami sekeluarga memohon jasa baik pihak istana Johor memaafkan apa yang berlaku atas kesalahannya kerana dia insan istimewa,” katanya.

Inilah video Mat Tere menghina TMJ:




Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

1 comment:

  1. suka sangat menghina orang lain macam lah diri sendiri tu sempurna sangat khhaaakkkkkptuiiiihh

    ReplyDelete