Terkini


Neelofa Yakin Tudung Naelofar Hijab Ada Aksesori Sukar Diciplak

PETALING JAYA, 8 Feb — Sentiasa mengeluarkan rekaan baru tudung sehingga meninggal pesaing, rekaan terkini tudung keluaran Naelofar Hijab juga menggunakan aksesori berkualiti yang sukar ditiru.


Neelofa Yakin Tudung Naelofar Hijab Ada Aksesori Sukar Diciplak

“Pada saya mereka sudah jauh ketinggalan untuk meniru kerana kami sentiasa cepat dalam menghasilkan rekaan baharu sehingga mereka tidak dapat kejar,” kata pemiliknya Neelofa seperti dilaporkan mStar Online.

“Tambahan pula tambah nilai yang kami letak pada setiap keluaran seperti aksesori memang sukar untuk ditiru, selain harga yang berpatutan membuatkan pembeli beralih kepada produk asli.”

Assalammualaikum. Hari ini, umur Lofa genap 28 tahun. Hari ini juga, Lofa semakin jauh melangkah, meninggalkan sejuta biasan memori yang telah Lofa lalui tahun lalu. . Tidak banyak yang Lofa harapkan, cuma sedikit kepanjangan usia yang dihulur pinjam daripada Allah, serta secebis kebahagian yang selayaknya mungkin dapat Lofa kongsikan bersama kalian semua.. Benar, tanpa kehadiran kalian, siapa Lofa di sini, hari ini. Mungkin sebanyak mana pun bintang di langit malam, tidak mungkin dapat membayar satu persatu jasa yang pernah kalian taburkan kepada Lofa.. Dan barangkali, jika sebutir bintang itu ada harganya dan dapat dijual beli, tidak mungkin juga ia dapat dinilaikan setara dengan sokongan yang kalian tumpahkan selama ini.. Terang kalian itu, lebih cerelang berbanding gemintangnya bintang, lebih cantik berbanding syahdunya bulan. Hadirnya kalian itu cukup istimewa, yang hanya mampu dinilaikan oleh ikhlasnya jiwa, bukan sekadar kata-kata.. Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit waktu bersama Lofa dan sudi menjadi sandaran saat datang sukar, dan rela menjadi dukungan sewaktu senang. . Dan soal ketentuan dan rasa hati, biarlah perjalanan waktu yang menzahirkan setiap yang tidak terjawab. Sebagai hamba-Nya, Lofa hanya mampu mencari hikmah, di sebalik apa yang telah disuratkan, insya-Allah. Amin.

A photo posted by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on
Feb 9, 2017 at 6:31pm PST



Pelakon dan pengacara popular itu melancarkan tudung Lady Lofa sebanyak 20,000 helai menggunakan batu kristal Swarovski berbentuk loket pepatung. Ia akan dijual mulai hujung bulan ini.

“Untuk koleksi terbaharu ini, kita cuba seiring dengan jenama antarabangsa dengan meletakkan batu Swarovski agar ia tampak mahal dan eksklusif.

“Sepatutnya harganya berlipat ganda tetapi kita tetap jual pada harga berpatutan iaitu bawah RM100,” kata heroin drama Suri Hati Mr Pilot.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments