Terkini


Rakan Tersenyum Riang Jamal Yunos Serah Surat Letak Jawatan

DATUK Jamal Yunos, Ketua Umno Sungai Besar dilapor telah menyerahkan surat meletak jawatan secara rasmi sebagai Ketua Bahagian Umno Sungai Besar dan Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Sungai Besar.


Rakan Tersenyum Riang Jamal Yunos Serah Surat Letak Jawatan

Difahamkan surat tersebut telah dihantar kepada Tan Sri Noh Omar, Pengerusi Umno Selangor. Surat itu telah disebarkan kepada group whatsapp kumpulan wartawan bersama beberapa keping gambar Jamal dengan Noh Omar.

Apa yang menarik perhatian, muka Jamal nampak 'kelat', tapi rakan beliau, Exco Pemuda Umno Malaysia, Armand Azha dilihat tersenyum dalam gambar tersebut, seolah-olah gembira dengan perletakan jawatan Jamal.

Keputusan meletak jawatan itu dibuat selepas Jamal dan 9 lagi pengikutnya dibebaskan daripada tahanan reman polis kerana suspek samun berkumpulan dan disiasat di bawah Akta 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

"Saya percaya kes ini telah menjejaskan nama baik parti dan kepimpinan tertinggi parti khasnya di negeri Selangor Darul Ehsan," kata Jamal.


"Sebagai ahli yang menyayangi parti yang telah banyak jasanya kepada rakyat, saya mengambil tanggung jawab sepenuhnya di atas kejadian tersebut dan berhasrat untuk meletakkan jawatan sebagai ketua Umno Bahagian Sungai Besar dan Pengerusi BN Parlimen Sungai Besar," kata Jamal seperti yang ditulis dalam surat tersebut.

Sebelum ini Jamal bersama 9 pengikutnya telah ditahan di rumahnya di Ampang selepas pihak polis mengepung rumahnya selama kira-kira tiga jam.

Pada hari yang sama tersebar 2 clip rakaman video cctv yang menunjukkan sekumpulan yang dipercayai pengikut-pengikut Jamal telah melakukan jenayah cabul dan samun secara berkumpulan di sebuah premis yang didakwa Jamal sebagai premis judi haram.

Aku harap Noh Omar tidak terima perletakan jawatan Jamal, jika Jamal letak jawatan, kuranglah badut-badut Umno yang selalu buat isu-isu bodoh untuk memalukan Umno.

Lepas ni terpaksa cari orang lain dalam Umno untuk diketengahkan sebagai watak si bodoh. Sebelum ini Jamal dah berjaya mempopularkan diri dengan watak bodohnya, malah beliau berjaya gantikan watak bodoh Ahmad Maslan.

Jika perletakan jawatan Jamal diterima, aku harap ada mana-mana pemimpin pelapis Umno untuk meneruskan kebodohan Jamal.

Walaupun kita meluat dengan watak orang seperti Jamal, tapi kebodohan beliau berjaya membuatkan rakyat benci kepada Umno.

Maka secara tak langsung ada jasa Jamal di dalam menjatuhkan pemimpin kleptokrasi.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments