Header Ads

  • Terkini

    Rasa Integriti Tercabar, Annuar Musa Bertanding Presiden FAM

    KOTA BARU, 10 Feb — Bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa kekal dengan keputusan untuk bertanding jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Kongres FAM, 25 Mac ini.


    Rasa Integriti Tercabar, Annuar Musa Tanding Presiden FAM

    Beliau berkata keputusann itu dibuat bukan berkaitan merebut kerusi nombor satu itu semata-semata sebaliknya ingin mempertahan integriti dan rekod kepimpinannya sebagai timbalan presiden FAM sebelum ini.

    “Dalam bola sepak integriti saya tercabar dan dalam pertandingan ini saya mempunyai pendirian saya sendiri.

    “Saya orang politik, harga diri saya ialah integriti dan khidmat saya, apabila harga diri saya itu dicabar maka saya perlu mempertahankannya,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

    Annuar menjadi orang pertama mengesahkan pencalonan untuk merebut jawatan presiden FAM bagi penggal 2017 hingga 2021, setelah menerima borang pengesahan daripada setiausaha agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, Isnin lepas.


    Selain Annuar, tiga nama lain yang dicalonkan ialah Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Aseh Che Mat.

    Senarai akhir calon akan dibentang kepada exco FAM pada 20 Februari ini bagi menentukan calon yang layak bertanding pada kongres bagi memilih barisan kepemimpinan bagi penggal 2017-2021.

    Annuar ketika ini digantung daripada jawatan sebagai pengerusi Mara dan pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) bagi membolehkan audit dalaman Mara menyiasat beberapa perkara termasuk penajaan PMB dan UniKL untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors.

    Dalam pada itu, beliau berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang turut menyiasatnya, segera menyiapkan siasatan.

    “Saya berharap penyiasatan itu segera diselesaikan dan mendapat apa sahaja perkhabaran (keputusan) daripada pihak SPRM. Semua pihak perlu bertenang dan perlu memberi kerjasama sebaik mungkin atas apa-apa yang diminta oleh SPRM,” katanya. — Bernama

    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad