Header Ads

  • Terkini

    SPRM Rampas 4 Lot Tanah, Kenderaan Dan Barangan Mewah Pengarah

    SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor hari ini menyita empat lot tanah, sebuah kenderaan mewah serta barangan kemas dan jam mewah milik pengarah agensi kerajaan yang ditahan semalam.


    SPRM Rampas 4 Lot Tanah, Kenderaan Dan Barangan Mewah Pengarah

    Menurut sumber, badan pencegahan rasuah itu juga membekukan akaun bank dan pelaburan milik pengarah serta anak-anaknya dengan jumlah simpanan keseluruhan RM850,000.

    Pada masa sama, SPRM Selangor mengenal pasti enam buah rumah bernilai RM3.3 juta yang terletak di Selangor, Putrajaya dan Negeri Sembilan untuk disita, katanya.


    Mengenai lot tanah yang disita, sumber itu berkata tiga lot terletak di Kedah dan satu lagi di Selangor dengan nilainya masih dalam proses anggaran.

    Salah sebuah kenderaan milik seorang pengarah agensi kerajaan yang dirampas SPRM

    "Selain sebuah Toyota Alphard, SPRM Selangor turut merampas dua utas jam tangan berjenama Orient dan Chopard, seutas gelang emas, seutas rantai emas dan sebentuk cincin emas dalam operasi yang dijalankan di kediaman dan pejabat suspek serta beberapa lokasi lain hari ini," katanya. - Bernama

    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad