Header Ads

  • Terkini

    “Tiada Siapa Tahu Saya Menangis Seorang Diri Kerana Tertekan” – Neelofa

    Bukan mudah untuk bergelar selebriti kerana hampir setiap perkara yang dilakukan bukan sahaja menjadi perhatian peminat tetapi ada sesetengah pihak yang ingin mencari kesalahan mereka. Itulah juga yang dialami oleh Neelofa.


    “Tiada Siapa Tahu Saya Menangis Seorang Diri Kerana Tertekan” – Neelofa

    Kisah cinta Neelofa sering menjadi bualan peminat sehingga ada yang tidak sedar bahawa mereka sebenarnya memaksa Neelofa untuk bersama dengan seseorang yang mereka impikan dan bukanlah apa yang dikehendaki oleh tuan empunya badan.

    Neelofa akui beliau merasa tertekan dari pelbagai penjuru dan menyatakan orang ramai tidak harus lekas menghukum dan menentukan dengan siapa beliau patut bersama.

    Usia sudah 28 tahun, saya nak berkawan dengan siapa atau nak berhubungan dengan siapa, biarlah saya tentukan. Saya tak layak untuk menerima tekanan ini daripada mana-mana pihak pun.
    Sebab di akhirnya, saya yang akan menangis dalam bilik seorang diri dan tiada siapa tahu hanya kerana tulisan dan komen-komen buruk orang di luar sana. Jiwa saya kacau, saya tiada kehidupan yang normal hanya kerana perkara seperti ini. Tolonglah, jangan beri saya tekanan lagi.

    Berbicara mengenai gosipnya yang sedang rapat dengan kerabat diraja, beliau sudah jangka akan ada yang mula menyebarkan berita kononnya mereka bercinta. Enggan memberikan lagi komen lanjut mengenainya, Neelofa harap jangan ada yang menyebarkan lagi cerita tidak benar mengenao mereka berdua.

    Saya memang dah bersedia untuk terima semua itu, Dia solo, saya juga masih solo jadi orang akan bercakap dan ternyata apa yang kami jangka dah pun berlaku. Memang orang bercakap.
    Cuma, saya minta semua orang untuk fahami perasaan ini andai saya tak mahu ulas. Berhentilah berikan cerita yang tak betul dan jangan minta saya untuk mengiyakan benda yang tidak betul tentang apa sahaja gosip yang keluar.

    Pada masa yang sama, Neelofa akui beliau tidak boleh lari daripada andaian orang. Dalam keadaan sekarang, beliau harus berhati-hati bagi menjaga hati banyak pihak lain.

    Sumber Berita : Utusan Online

    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad