Header Ads

  • Terkini

    Tragedi 3 Beranak Maut Digilis Lori Ketika Pulang Sekolah (9 Gambar + Video)

    MELAKA  – Alangkah sedihnya seorang ibu apabila rutin hariannya menunggu kepulangan dua anak perempuan tersayang dari sekolah bersama suami berubah apabila ketiga-tiga mereka terlebih dahulu pergi menghadap Ilahi.


    Tragedi 3 Beranak Maut Digilis Lori Ketika Pulang Sekolah
    Menyayat hati… Tiga jasad sekeluarga terbujur di atas jalan setelah motosikal yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Jalan Bukit Lintang Tambak Bugis, Ayer Molek, Melaka

    Erma Abd. Samad, 32, juga terpaksa menerima hakikat tiga insan tersayang dalam hidup­nya itu meninggal dunia se­rentak dalam satu kemalangan menyayat hati di Kampung Balik Bukit, Bukit Lintang dekat Telok Mas di sini hari ini.

    Dia yang merupakan seorang suri rumah sepenuh masa kini hilang tempat bergantung bersama seorang lagi anak bongsunya berumur dua tahun yang masih tidak mengerti apa-apa.

    JENAZAH tiga beranak yang maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori tanah 10 tan dibawa ke Bilik Mayat Hospital Melaka, Bukit Palah, Melaka. – Foto Muhammad Hatim Ab Manan

    Suaminya, Mohd. Lazi Mohd. Taher, 35, seorang penghantar surat serta dua anak mereka, Nur Farisha Amanina, 8, dan Nur Balqisha Amani, 5, maut selepas motosikal dinaiki ketiga-tiga mereka terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori pasir.

    Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang, tiga beranak itu me­ninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

    DUA anak mangsa yang maut, Nurfarisha Amanina, 8, (kiri) dan Nur Balqisha Amani, 5, (kanan) selepas digilis lori yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Bukit Larang, Telok Mas, Melaka.

    Menurut jurucakap polis, kejadian berlaku semasa Mohd. Lazi bersama dua anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Bukit Larang selepas menjemput mereka pulang dari Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Mas dan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Bukit Lintang, di sini.

    “Semasa melalui jalan kampung, motosikal dinaiki tiga beranak itu dikatakan bergesel dengan sebuah lori muatan pasir dari arah yang sama sebelum terjatuh.


    “Berikutan itu, mangsa bersama dua anaknya digilis lori muatan 10 tan berkenaan dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi sambil membe­ritahu mayat tiga beranak itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk dibedah siasat.



    Menurut jurucakap polis itu, pemandu lori pasir warga emas berusia 72 tahun tidak me­ngalami kecederaan dan kini ditahan untuk siasatan lanjut.

    “Lori dan motosikal dinaiki mang­sa berkenaan pula dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kende­raan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan,” katanya.

    MOHD Lazi Mohd Taher, (kiri) ketika hayatnya bersama isteri, mangsa maut bersama dua anaknya selepas digilis lori yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Bukit Larang, Telok Mas, Melaka.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -utusan

    TIGA beranak maut selepas motosikal yang ditunggang seorang bapa terjatuh sebelum digilis sebuah lori pasir seberat 10 tan di Kampung Balik Bukit, Bukit Lintang, Telok Mas, Melaka.

    Tiga sekeluarga termasuk dua kanak-kanak yang maut digilis sebuah lori tanah dalam kemalangan ketika menaiki sebuah motorsikal di Bukit Lintang, Melaka petang Rabu selamat dikembumikan di Tanah Perkuburan Islam Telok Mas jam 9.30 malam tadi.





    Kira-kira 300 ahli keluarga, sahabat handai dan penduduk hadir mengiringi jenazah tiga beranak tersebut.

    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad