Terkini


Trump Gagal Batal Sekatan Terhadap Larangan Perjalanan 7 Negara Islam

Presiden Amerika Donald Trump menerima tamparan perundangam pada hari Khamis apabila Mahkamah Persekutuan menolak untuk mengembalikan semula larangan perjalanan sementara yang dikeluarkanya terhadap rakyat dari tujuh negara majoriti Islam.


Trump Gagal Batal Sekatan Terhadap Larangan Perjalanan 7 Negara Islam

Panel tiga hakim sebulat suara memutuskan bahawa pentadbiran Trump gagal untuk mengemukakan sebarang bukti mengenai kewajarannya berhubung kebimbangan terhadap keselamatan negara.

Tidak lama selepas mahkamah mengeluarkan penghakiman 29 halaman itu, Trump menulis di tweet: "JUMPA ANDA DI MAHKAMAH, KESELAMATAN NEGARA KITA TERANCAM!". Beliau memberitahu pemberita bahawa pentadbiran beliau akhirnya akan menang juga kes itu dan menganggap keputusan itu sebagai berunsur "politik."

Mahkamah hanya membuat keputusan mengenai isu sama ada untuk membatalkan atau tidak sekatan ke atas arahan Trump itu, yang diputuskan oleh sebuah mahkamah rendah sebelum ini ketika kes itu sedang berlangsung. Para hakim berkata lebih banyak taklimat diperlukan berhubung merit dalam hujah-hujah kedua-dua pihak.


Jabatan Kehakiman, yang bercakap bagi pihak kerajaan, dalam hujah lisan pada hari Selasa, berkata ia sedang mengkaji keputusan itu dan akan menimbangkan pilihan yang ada.

Negeri-negeri di Washington dan Minnesota telah mencabar perintah Trump itu, yang telah mencetuskan protes dan keadaan huru-hara di Amerika dan lapangan terbang luar negara pada hujung minggu selepas ia dikeluarkan. Kedua-dua negeri itu berhujah bahawa larangan Trump melanggar perlindungan dalam perlembagaan terhadap diskriminasi agama.

Sementara mahkamah berkata ia tidak boleh membuat keputusan sama ada perintah itu mendiskriminasi agama tertentu, sehinggalah kes itu "diberi taklimat sepenuhnya". Ia menambah bahawa pihak negeri-negeri telah mengemukakan bukti mengenai "banyak kenyataan" oleh presiden "tentang niatnya untuk melaksanakan larangan ke atas orang Islam."

Mahkamah berkata kerajaan telah gagal untuk menunjukkan bahawa mana-mana orang daripada tujuh negara telah melakukan serangan pengganas di Amerika Syarikat.

Pihak pentadbiran berhujah bahawa mahkamah tidak mempunyai akses kepada maklumat sulit yang sama tentang ancaman kepada negara, yang diketahui oleh presiden. Para hakim sebaliknya menjawab bahawa "pihak mahkamah kerap menerima maklumat sulit."

Penghakiman mahkamah mengekalkan keputusan Hakim Daerah AS James Robart Jumaat lalu, tidak membubarkan saman tersebut. Ia hanya berkaitan dengan sama ada perintah Trump itu patut digantung manakala tindakan undang-undang diteruskan. Keputusan itu mengekalkan penggantungan perintah itu.

Pada 27 Januari, Trump mengeluarkan perintah eksekutif menghalang kemasukan rakyat dari Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman selama 90 hari. Ia juga melarang kemasukan semua pelarian dalam tempoh 120 hari, kecuali pelarian dari Syria yang dilarang terus.

Tiga hakim itu berkata pihak negeri telah menunjukkan bahawa pengembalian semula larangan itu, walaupun sementara, akan menyebabkan kemudaratan. [Baca berita penuh]

- Reuters

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments