Header Ads

  • Terkini

    Aksi Pemuda Curi Seluar Dalam Wanita Dirakam CCTV (Video)

    BANDAR KUALA KANGSAR - Pelik dan memalukan, namun itulah realitinya. Kehilangan beberapa seluar dalam milik seorang wanita di sini, terjawab apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki mengambil pakaian itu dari ampaian rumahnya.


    Aksi Pemuda Curi Seluar Dalam Wanita Dirakam CCTV (Video)

    Dia yang enggan namanya disiarkan memaklumkan dua seluar dalam miliknya dan dua milik anaknya dilarikan lelaki dipercayai berusia lingkungan 30 ke 40 tahun itu.

    Menurutnya, kejadian sama pernah berlaku tahun lalu, namun hanya menganggapnya hilang apatah lagi tiada CCTV dipasang pada waktu itu.

    “Dulu pernah juga hilang tapi saya tak syak apa-apa. Saya anggap mungkin diterbangkan angin atau silap pandang.

    “Tapi bila sekali lagi hilang, rasa macam ada tak kena. Bila tahu empat seluar dalam di ampaian hilang, saya cepat-cepat tengok CCTV.


    “Waktu itu barulah terbongkar ada lelaki menghendap di ampaian dan kemudian larikan seluar dalam itu,” katanya.

    Bagaimanapun, wanita tersebut memberitahu tidak berhasrat membuat laporan polis, namun akan mengambil sikap berjaga-jaga selepas ini.

    Video berdurasi hampir empat minit dari rakaman CCTV itu tersebar di laman sosial baru-baru ini merakamkan segala perbuatan lelaki tersebut.


    Mulanya dia meninjau keadaan dan mundar-mandir sebelum menyelinap ke ampaian dan mencapai seluar dalam disidai, sebelum menyimpannya dalam poket dan bergegas pergi. - Sinar Online


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad