Header Ads

  • Terkini

    Pernah Dikutuk "KAYU", Fatah Amin Bintang Paling Popular ABPBH

    Bergelar Bintang Paling Popular BH, pelakon Fattah Amin melihat kritikan yang diterima sebelum ini menjana popularitinya. Fattah, 27, berkata kritikan yang diterima membuatkannya lebih gigih melakukan penambahbaikan dalam setiap cabang seni yang diceburi.


    Pernah Dikutuk "KAYU", Fatah Amin Bintang Paling Popular ABPBH

    “Pertama kali berlakon kena kutuk, menyanyi pun kena kutuk, keluarkan buku pun kena kutuk, [hingga saya] sampai ke tahap ini.

    “Saya baca komen orang kritik saya malah di luar pun orang kata saya berlakon kayu. Untuk sampai ke tahap ini bukan senang.

    “Kritikan itu membantu sangat. Kalau saya mula masuk industri orang puji, saya tidak sampai tahap ini.

    “Kritikan dan kutukan lagi memotivasikan saya. Itu yang membantu,” katanya.


    Pelakon drama Suri Hati Mr Pilot berkata demikian selepas diumumkan Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) di sini malam tadi.

    Membawa pulang kereta Peugeot 408, Fattah turut memenangi kategori pelakon TV popular menewaskan Aiman Hakim Ridza, Ashraf Muslim, Shukri Yahaya dan Syafiq Kyle.

    Fattah berkata tiada jalan mudah untuk bergelar Bintang Paling Popular apabila terpaksa memulakan kerjaya seni dari bawah.

    “Sebelum saya berlakon kayu, saya bekerja di belakang tabir. Saya bermula sebagai kru, saya tahu susah kerja macam mana.

    “Kepuasan saya dapat hari ini ialah hasil kerja keras dan kritikan membina sampai orang kutuk saya, saya mahu lagi berusaha hingga saya dapat hari ini.

    “Saya mahu bergelar pelakon versatil sesuai idola saya Datuk Rosyam Nor. Walaupun 50-an beliau sudah dikenali sebagai pelakon hero Malaya,” katanya. - Projek MMO


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad