Header Ads

  • Terkini

    Video Samun Dan Rogol Juruwang Kedai Judi Di Bandar Kinrara

    Puchong – Pihak polis berjaya mengenal pasti suspek di sebalik kejadian rompakan dan rogol di Bandar Kinrara di sini. “Kami akan meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian ini,” kata Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias ketika dihubungi The Star pada Ahad.


    Video Samun Dan Rogol Juruwang Kedai Judi Di Bandar Kinrara

    Beliau turut mengesahkan pemilik premis juga sudah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Kinrara pada pukul 4.23 petang Sabtu.

    Pemilik tersebut mengesahkan kejadian jenayah itu berlaku di premisnya kira-kira pukul 11 malam pada Khamis.

    Video rakaman selama empat minit itu menjadi tular pada Sabtu. Dalam kejadian itu, dua individu dipercayai memasuki premis tersbut dengan niat untuk merompak.

    Tidak sekadar melakukan rompakan, suspek itu bertindak merogol juruwang di sudut yang tersorok di premis berkenaan.


    Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) merogol mangsa secara bergilir-gilir dan gambar mereka sudah pun tersebar kepada orang awam melalui laman sosial dan aplikasi pesanan Whatsapp.

    Gambar tersebut menunjukkan dua lelaki dengan tangan bergari dan dibawa masuk ke dalam kenderaan berwarna hitam.



    Apabila ditanya sama ada gambar tersebut adalah gambar kedua-dua suspek itu, Megat Mohamad Aminuddin menjelaskan tidak menafi atau mengiakan dan berkata bahawa kes masih dalam siasatan.

    Polis telah menubuhkan pasukan tindakan khas untuk menjalankan siasatan. – mStar


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad