Header Ads

  • Terkini

    10 Gambar Tema Lebaran Sedondon Selebriti Kita, Fesyen Siapa Paling Gempak?

    10 Gambar Tema Lebaran Sedondon Selebriti Kita, Fesyen Siapa Paling Gempak? Ketibaan 1 Syawal tahun ini diraikan penuh kesyukuran dan kemeriahan. Tidak sah kalau tidak menjenguk gaya raya selebriti setiap kali tibanya sambutan Aidilfitri.


    10 Gambar Tema Lebaran Sedondon Selebriti Kita, Fesyen Siapa Paling Gempak?

    Namun, gaya bagaimanakah yang menjadi pilihan selebriti tahun ini?

    Adakah kekal dengan tema raya sedondon atau tema warna rojak? Jom kami kongsikan beberapa keluarga selebriti yang masih memilih warna sedondon sempena Syawal tahun ini.

    1. Nabil Ahmad - warna asas hitam bermotifkan corak zig zag kelabu menjadi pilihan keluarga pengacara popular itu. Nabil menggayakan sepasang baju Melayu moden manakala isteri dan anak-anaknya menyarung persalinan kurung moden. Cute!

    A post shared by Zira Ayub (@zira.ayub) on


    2. Que Haidar - keluarga The Haidars memilih warna tema hijau muda untuk dipadankan pada pagi Syawal. Linda menyarung persalinan kurung moden manakala dua anak perempuan mereka menggayakan baju kebaya labuh. Que dan anak lelakinya memilih baju Melayu moden lengkap bersamping merah jambu.

    A post shared by Que Haidar (@the_haidars) on


    3. Norman Hakim & Memey Suhaiza - pasangan selebriti ini juga memilih rona hijau sempena sambutan 1 Syawal. Malah, Aidilfitri tahun ini lebih meriah apabila pasangan itu turut meraikan bersama Abby Abadi dan suaminya yang juga memilih warna hijau sebagai warna tema. Sejuk mata memandang!

    A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on



    4. Rozita Che Wan & Zain Saidin - Memilih busana rekaan Minaz dan Man Kajang, keluarga pasangan itu tampil bergaya dengan rona warna kelabu di pagi Syawal. Zain dan kedua-dua anak lelakinya menyarung baju Melayu moden manakala Che Ta dan Aaisyah memilih baju kurung moden.



    5. Syamsul Yusoff & Puteri Sarah - keluarga besar Syamsul memilih warna biru teal untuk digayakan pada pagi Aidilfitri. Baik Datuk Yusoff Haslam mahu pun keluarga Syafiq Yusoff, mereka memilih untuk berpakaian sedondon dan mengabadikan potret keluarga pada pagi raya.

    A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on


    6. Shuib & Siti Sarah - manis manis lebaran temanya! Pasangan Shuib dan Siti Sarah pula memilih warna merah jambu lembut untuk raya kali ini. Shuib dan anak-anak terunanya mengenakan baju Melayu moden manakala Siti Sarah memilih baju kurung moden berpotongan kebaya sama seperti puteri tunggalnya.

    A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on


    7. Alif Satar - merah gelap menjadi pilihan keluarga penyanyi Alif Satar untuk dipadankan pada pagi raya. Mengekalkan busana tradisi baju Melayu klasik, ada juga antara anggota keluarganya memilih fabrik songket dengan rona serupa bagi Syawal kali ini.



    8. Ajak Shiro - merah membara mewakili tema baju raya Ajak sekeluarga tahun ini. Ajak dan kedua-dua anak lelakinya memakai baju Melayu moden manakala isterinya bersama seorang puteri tunggal menyarung persalinan kurung moden. Melengkapi gaya keluarga itu, percikan corak songket disuntik pada setiap helaian.



    9. Kumpulan Zero - hijau masih menjadi pilihan kebanyakan keluarga tahun ini. Tidak terkecuali anggota kumpulan Zero iaitu Atu, Syaiful dan Sharif. Ketiga-tiga mereka memilih persalinan baju Melayu moden hijau muda manakala suri hati mereka memilih warna serupa dengan suntikan motif batik merah jambu.



    10. Datuk Siti Nurhaliza - Pasangan sweet Siti Nurhaliza dan Datuk K nampaknya mengenakan fesyen sedondon purple cerah yang simple pada hari raya pertama. Datuk K nampak hensem di samping Siti yang memang sentiasa sweet.

    A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on



    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad