Header Ads

  • Terkini

    4 Remaja Termasuk Seorang Wanita Dituduh Bunuh Duda

    Alor Setar – Tiga lelaki dan seorang wanita dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang duda, Mohammad Fisol Abu Bakar, 31, di Plaza Sentosa, Jalan Putra di sini pada Mei lalu.

    4 Remaja Termasuk Seorang Wanita Dituduh Bunuh Duda

    Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman.

    Mengikut pertuduhan, tertuduh Farah Waheda Abu Bakar, 21, Mohd. Shahrul Ikhwan Shahbani, 22, Hor Yong Wei, 23, dan Chee Woie Yong, 29, serta bersama-sama lima orang yang masih bebas didakwa menyebabkan kematian Mohammad Fisol pada 28 Mei lalu di di Plaza Sentosa, Jalan Putra d sini pukul 4 petang.


    Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

    Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Rifaie Mohamed Riyaluddin manakala Yong Wei diwakili peguam Praya SIngh dan Woie Yong pula diwakili Lim Wei Yong.

    Sementara itu, Farah Waheda dan Mohd. Shahrul Ikhwan pula tidak diwakili peguam.

    Noor Farah Hazwani kemudian menetapkan 25 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan tidak membenarkan semua tertuduh diikat jamin. – Kosmo


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad