Header Ads

  • Terkini

    Azwan Ali mohon maaf pada semua: “Saya sebatang kara, tidak ada keluarga”

    SIAPA tak kenal Azwan Ali. Namanya sudah tidak asing lagi dalam dunia hiburan tempatan. Kini, Azwan, 51, sudah begitu selesa dalam legasinya tersendiri.


    Azwan Ali mohon maaf pada semua: “Saya sebatang kara, tidak ada keluarga”

    Beberapa tahun ini, kelibatnya sudah semakin kurang di kaca-kaca televisyen mahupun akhbar atau majalah.

    Biarpun begitu, namanya sentiasa ‘panas’ apa lagi dengan status-status di laman Instagram miliknya.

    “Why bother… why bother… why bother… saya tak pernah kisah dengan cemuhan dan hinaan daripada mereka.

    “Saya bercakap atas kapasiti sebagai rakyat negara ini mahupun penonton tv.

    “Kalau tidak boleh menerima kritikan, bagaimana nak maju industri seni hiburan tempatan,” katanya kepada Sinar Online.

    Saat artikel ini disiarkan, Azwan atau lebih mesra disapa Diva AA sedang menunaikan Umrah.


    Ini juga merupakan umrahnya yang ke-10. Itulah rutinnya apabila menjelang Syawal, dia akan berada di Makkah.

    “Saya selesa memilih jalan hidup begini. Saya sebatang kara, tidak ada keluarga. Jadi, setiap kali Syawal, saya akan bermunajat kepada ALLAH SWT.

    “Tenang rasanya apabila berada di hadapan Kaabah sambil mulut terus berzikir mengingatiNya. Itulah kepuasan sebenar yang saya rasakan,” kongsinya.

    Katanya, saat orang lain bergembira menikmati juadah hari raya, dia pula begitu senang duduk di hadapan Kabaah.

    “Saya tak fikir pasal raya pun saat berada di Tanah Suci. Apa yang fikirkan, apakah akan ada lagi saya di sini (Makkah) pada tahun- tahun mendatang?

    “Adakah ALLAH SWT akan terus menjemput saya sebagai tetamuNya pada masa akan datang? Hanya itu yang saya fikirkan,” katanya.

    Maafkan saya…

    Menyedari ada segelintir pihak yang tidak senang dengan kelantangan kritikannya, Azwan berharap di bulan yang mulia ini, perkara itu dapat dileraikan.

    “Saya mohon maaf kepada semua, jika selama ini terasa hati dengan apa yang saya katakan.

    “Sebagai manusia, sudah pasti tidak lepas daripada melalukan kesilapan. Saya juga sudah memaafkan semua orang di sekeliling saya. Saya anggap apa yang berlaku itu biarlah berlalu,” ujarnya.

    Sumber: Sinar Harian


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad