Header Ads

  • Terkini

    Baju Raya!.. Fesyen Jubah Melentik Ikan Duyung Jadi Bahan Kecaman Netizen

    Biasanya jubah dress dipakai oleh wanita yang inginkan kelihatan menggoda dan menawan menampakkan susuk badan mereka ketika memakai pakaian itu.


    Jubah Melentik Ikan Duyung Jadi Bahan Kecaman Netizen

    Menurut laporan mStar Online, gambar seorang pemuda yang kini tular di media sosial, kerana memakai jubah potongan ikan duyung warna kuning jadi buah mulut nitezen di media sosial.

    Jangan salah sangka kerana ia adalah jubah yang digayakan seorang pemuda ketika meraikan 1 Syawal, baru-baru ini.

    Tanpa segan silu, pemakainya menggayakan busana ‘jubah’ itu di tengah jalan, selain merakamkan penampilannya dengan bersandar pada sebuah kereta dengan gaya ‘melentik’.


    Menerusi beberapa gambar yang kini tular di media sosial, pemuda tersebut turut memakai satu lagi jubah potongan ikan duyung warna kuning.

    Gayanya yang sekali lagi 'melentik' dilihat berjalan bersama dua wanita yang ayu berbaju kurung moden, sekali pandang kesemuanya seperti srikandi 'Charlie's Angles'.

    Jubah Melentik Ikan Duyung Jadi Bahan Kecaman Netizen

    Rekaan dan gaya pemuda tersebut mendapat kecaman netizen yang menyifatkan jubah dengan potongan tersebut tidak sesuai untuk dipakai mana-mana lelaki.

    Seorang pengguna Facebook ‘Noorihan Salleh’ berkata, hakikatnya jubah tidak mempunyai potongan sama ada ia untuk lelaki mahupun wanita.

    “Ini jubah atau dress perempuan. Tak perlulah pelik sangat. Gelilah!” kata ‘Qistina Balqis Musa’ di laman sosial.

    Jubah Melentik Ikan Duyung Jadi Bahan Kecaman Netizen

    Sementara itu, ‘Ismail Husin’ pula berkata: “Ini bukan jubah. Siapalah pereka ini. Agak-agaklah, memalukan saja. Pakaian ini lebih kepada kaum Hawa.”

    Menurut ‘Abdul Hanif Hadeni’, dia lebih rela memakai baju ‘pagoda’ dan berkain pelikat daripada perlu memakai ‘jubah’ berkenaan. - mStar Online


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad