Header Ads

  • Terkini

    Belum Berbulan Madu, Mia Ahmad Dedah Tabiat Sebenar Suami Lepas Kahwin

    Baru sahaja mendirikan rumahtangga pada Januari lalu, pelakon Mia Ahmad menjelaskan bahawa baru kini dia mengetahui perangai sebenar suaminya itu.


    Belum Berbulan Madu, Mia Ahmad Dedah Tabiat Sebenar Suami Lepas Kahwin

    Jadual suami, Mohd Izham yang padat sebelum ini membuatkan mereka tidak dapat meluangkan masa bersama malah turut belum berbulan madu lagi.

    “Sebelum kami kahwin, saya tak pernah tahu yang Izham pandai masak dan suka bantu saya mengemas rumah. Apabila dah duduk serumah ini, barulah saya tahu itu perangai sebenar dia. Kalau suami nampak saya sibuk di dapur, terus dia datang membantu tanpa disuruh selain menawarkan diri mengemas rumah,” katanya kepada mStar Online

    Sementara itu tambah Mia, kerana tuntutan kerjaya suaminya juga, mereka hanya sempat berhari raya selama dua hari saja di kampung Mia.

    Belum Berbulan Madu, Mia Ahmad Dedah Tabiat Sebenar Suami Lepas Kahwin

    Bagaimanapun, Izham mempunyai cuti panjang pada Ogos dan penghujung tahun ini sekaligus memberi peluang kepada pasangan ini untuk meluangkan masa bersama.

    “Tahun pertama kami beraya bersama tapi Izham tak dapat cuti lama. Raya kedua saya dah hantar dia ke lapangan terbang untuk perlawanan seterusnya. Sejak kami berkahwin, jadual suami terlalu padat sebab itu belum ada masa nak pergi berbulan madu. Tapi inilah cabaran berkahwin dengan pemain bola sepak dan saya kena terima,” katanya.

    Sumber - mStar


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad