Header Ads

  • Terkini

    CEO AirAsia Bidas Bekas Menteri Kerana Sindir Pilot Minta Penumpang Berdoa

    Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia X membidas kritikan yang dikeluarkan oleh bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim terhadap juruterbang D7237 yang meminta penumpang berdoa ketika pesawat mengalami masalah, lapor Portal Projek MMO.


    CEO AirAsia Bidas Bekas Menteri Kerana Sindir Pilot Minta Penumpang Berdoa

    Datuk Kamarudin Meranun melalui kenyataan di laman Facebooknya berkata beliau juga akan melakukan perkara sama jika berada di tempat juruterbang itu.

    “Apa salahnya berdoa dalam apa jua agama terutamanya ketika anda dalam kesempitan?”

    “Membuat kenyataan memang senang terutamanya ketika anda berada di darat. Situasi itu amat sukar, mendaratkan pesawat dan memastikan keselamatan semua penumpang, dan Alhamdulillah mereka berjaya,” katanya.

    Zaid melalui tulisannya di laman Twitter dilihat menyindir dengan menyarankan AirAsia mengupah imam dan paderi jika mahu berdoa dan tidak memberi harapan kepada penumpang.

    “Saya lebih suka jika juruterbang tidak memberitahu bahawa ajal saya sudah tiba,” katanya.

    Sebuah pesawat AirAsia X penerbangan D7237 dari Perth di barat Australia, ke Kuala Lumpur dilaporkan menghadapi masalah enjin kira-kira jam 6.50 pagi Ahad lalu di mana juruterbang telah meminta penumpang berdoa supaya pesawat yang mengalami masalah enjin itu dapat mendarat dengan selamat.


    Pesawat itu berpatah balik dan selamat mendarat di Perth pada jam 10 pagi, menurut kenyataan syarikat penerbangan tambang rendah itu. Perth dan Malaysia berada di zon masa sama.

    Satu letupan dikatakan berlaku di enjin kiri dengan sebilah kipas turbin patah dan seorang penumpang menyifatkan pesawat “bergegar seperti mesin basuh”.

    Baca: Pesawat AirAsia X Berpatah Balik Dalam Penerbangan Dari Perth Ke Kuala Lumpur

    Tetapi, ramai penumpang terkejut dengan tindakan juruterbang meminta mereka berdoa supaya pesawat dapat mendarat dengan selamat di Perth.

    Saksikan 2 video saat-saat cemas dalam pesawat AirAsia X penerbangan D7237.






    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad