Header Ads

  • Terkini

    Doktor Swasta Yang Pernah Rawat Zulfarhan Tawarkan Surat Rujukan 2 Kali Ke Hospital

    KUALA LUMPUR – Doktor swasta yang pernah merawat Pegawai Kadet, Zulfarhan Osman Zulkarnain didakwa pernah dua kali menawarkan surat rujukan ke hospital dan bantuan ambulans tetapi enggan diterima oleh pesakit.


    Doktor Swasta Yang Pernah Rawat Zulfarhan Tawarkan Surat Rujukan 2 Kali Ke Hospital

    Surat rujukan itu ditawarkan apabila penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia itu datang kali pertama dan membuat rawatan cuci luka kali kedua lima hari kemudian di klinik berkenaan.

    Mangsa mendakwa beliau tidak ke hospital kerana menjaga reputasi sebagai tentera dalam latihan, selain keadaan luka yang semakin pulih.

    Sumber memaklumkan kepada MalaysiaGazette, kali pertama mangsa datang untuk mendapatkan rawatan cuci luka diiringi oleh empat rakannya yang mengaku dari Kem Tentera Port Dickson.

    Mangsa yang berjalan sendiri ke klinik berkenaan mendakwa beliau terkena wap panas ketika menjalani latihan.


    Allahyarham meminta doktor berkenaan mencuci lukannya bagi memudahkan pergerakan ke hospital.

    “Allahyarham ke klinik untuk mencuci luka kerana mendakwa berlaku letupan ketika menjalani latihan ketenteraan lima hari sebelum datang ke klinik berkenaan,” kata sumber kepada MalaysiaGazette.

    Mangsa memaklumkan sudah membuat rawatan susulan di Klinik Kesihatan Port Dickson tetapi tidak ada rujukan hospital kerana protokol tentera.

    Doktor di klinik berkenaan tidak ada prasangka buruk kerana mendapati luka-luka pada badan mangsa menunjukkan telah dirawat sebelum ini.

    Doktor Swasta Yang Pernah Rawat Zulfarhan Tawarkan Surat Rujukan 2 Kali Ke Hospital

    Sumber berkata, doktor yang merawat Zulfarhan juga menawar untuk menghubungi keluarganya tetapi ditegah pesakit atas alasan ibunya sedang dirawat di hospital.

    Beliau tidak mahu kesihatan ibunya terganggu nanti.

    Doktor yang merawat Zulfarhan tidak mengesyaki apa-apa kerana kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh mangsa dan rakan-rakannya tidak bercanggah.

    Mangsa meminta doktor berkenaan mencuci luka-luka pada tubuhnya bagi memudahkan pergerakan ke hospital.

    Sumber berkata, bil rawatan Zulfarhan di klinik berkenaan dibayar oleh kawan-kawannya. – MalaysiaGazette


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad