Header Ads

  • Terkini

    Gadis 'Chipsmore' Semakin Popular Di Media Sosial, Siapakah Gerangan Beliau?

    Bagi seorang wanita, kecantikan rupa dan luaran menjadi hal yang sangat di titikberatkan mereka kerana dengan punya kecantikan rupa, mereka merasakan diri mereka lebih yakin untuk berdepan dengan orang ramai. 


    Evita Patcey Edgar Delmundo

    Maka tidak hairanlah ramai wanita yang suka untuk membeli pelbagai jenis produk kecantikan dengan tujuan untuk menambahkan lagi wajah dan kulit mereka.


    Namun begitu tidak semua wanita di dunia ini di lahirkan punya kulit yang semulajadi normal. Jika punya masalah jerawat ianya boleh di atasi dengan mengambil ubat dari doktor dan memakai produk kosmetik untuk merawat muka,tiada masalah.

    Evita Patcey Edgar Delmundo

    Namun bagaimana pula jika wajah seorang wanita itu sejak lahir penuh dengan bintik hitam besar di muka dan seluruh badan?

    Ada sesetengah wanita akan malu untuk keluar rumah. Ada jerawat batu atas dahi dan hidung pun sudah menyorok di bilik tidak berani untuk tunjuk muka dengan tetamu.

    Evita Patcey Edgar Delmundo

    Namun tidak bagi seorang gadis 20 tahun yang bernama Evita Patcey Edgar Delmundo ini. Gadis ini berasal dari Kota Kinabalu dan akhir-akhir ini namanya dan kisahnya trending di internet terutamanya di laman instagram dek kerana wajahnya yang lain dari yang lain.

    Evita Patcey Edgar Delmundo

    Evita mual terkenal dengan jolokan 'Gadis Chipsmore' dan juga berasal dari darah kacukan Filipina. Menurut Evita dia sering di ejek dan di hina namun masuk sahaja ke sekolah menengah dia di terima orang ramai dengan baik.

    Walaupun dia pernah sedih dan menyalahkan takdir,dia bertekad untuk terus positif dan yakin dengan diri sendiri.

    Menurut laporan Harian Metro,Evita bakal menyertai pertandingan ratu cantik di Kota Kinabalu. Wanita ini juga telah menjadi inspirasi ramai wanita lain agar percaya dan yakin dengan sendiri.


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad