Header Ads

  • Terkini

    Hati-Hati!.. Geng Rosakkan Kereta Di RnR, Cabut Penutup Tangki Air Radiator

    Pada masa ini ramai yang sudah mula pulang ke kampung halaman, untuk merayakan aidil fitri bersama keluarga. Dalam pada itu, sudah pasti jalan akan mula sesak, dan ada ketikanya kita berhenti rehat sama ada di stesen minyak, mahu pun hentian rehat dan rawat.



    Bagi mereka yang berhenti rehat, sebolehnya cari tempat parker yang mempunyai ramai orang, agar tidak menjadi mangsa khianat orang lain yang cuba mengambil kesempatan.


    Menerusi perkongsian dari saudara Wan Amirul Wan Ahmad ini, apa yang berlaku kepadanya tempoh hari sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung cukup membuatkan dirinya lebih berhati-hati selepas ini.


    Mari kita ikuti perkongsian akan apa yang berlaku kepadanya, di mana Wan Amirul berharap perkara sebegitu tidak berlaku kepada yang lain.

    Lepas tow truck insurance bawa smpai workshop .... foreman check penutup tangki air radiator bahagian bawah ada orang bukak
    Hati-hati geng, penutup bawah ni tak perlu nak buka bonet depan kereta.

    Jadi kerja-kerja manusia tak berguna ni akan bawak kereta kita ke workshop dia untuk cas mahal-mahal sebab dia orang tau kita akan bayar sebab nak pakai raya.

    Benda ni baru berlaku tadi tapi nasib dah settle.

    Peringatan untuk semua kawan-kawan yang nak balik raya..... kalau singgah mana-mana rnr tolong sorang stay kat kereta atau lebih baik jangan berhenti.

    Amik rehat yang cukup di rumah lepas tu gerak slow-slow. Beli siap-siap air makanan atau sebagainya letak dalam kereta.

    Nak buang hajat atau sebagainya check sebelum gerak walaupun sorang ada di kereta.

    Kena sakit kepala..

    Target penjenayah ini adalah orang yang berkeluarga. Tolong viral kepada semua supaya berhati-hati.

    - Siakap Keli


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad