Header Ads

  • Terkini

    Penduduk Ketakutan Anak Biri-Biri Menyerupai Manusia, Bimbang Unsur Pemujaan

    Seramai 4,000 penduduk di Afrika Selatan hidup dalam ketakutan apabila seekor biri-biri melahirkan makhluk yang digambarkan separuh manusia dan separuh biri-biri. Penduduk kampung mula mendakwa makhluk berkenaan dihantar oleh syaitan, selain ada yang mendakwa berpunca daripada sihir. Penduduk kampung mula mendakwa makhluk berkenaan dihantar oleh syaitan, selain ada yang mendakwa berpunca daripada sihir.


    Anak Biri-Biri Menyerupai Manusia

    Jabatan Pembangunan Luar Bandar Timur Cape telah menghantar pakar ke kawasan berkenaan untuk mencari punca masalah seperti yang dihebohkan oleh masyarakat. Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Dr Lubabalo Mrwebi memberitahu bahawa makhluk berkenaan memang seakan-akan manusia jika dilihat sepintas lalu.

    Anak Biri-Biri Menyerupai Manusia

    Kami mengesahkan ini gambar yang benar, tetapi jika lihat sepintas lalu ia memang ada mirip tubuh manusia. Daripada pemerhatian kami, ini adalah anak biri-biri yang tidak membesar dengan baik semasa dalam kandungan ibunya. -Dr Lubabalo Mrwebi


    Dr Lubabalo Mrwebi juga dalam kenyataannya memberitahu bahawa biri-biri berkenaan sebenarnya dijangkiti Demam ‘Rift Valley’ di awal kandungan. Beliau juga menekankan bahawa bentuk makhluk berkenaan konsisten dengan perkembangan anak biri-biri akibat infeksi virus.

    Anak Biri-Biri Menyerupai Manusia

    Virus berkenaaan disebar oleh nyamuk dan dibawa melalui air sungai yang menjadi minuman si ibu biri-biri. Kebiasaaan virus ini akan menjangkiti haiwan seperti lembu, kambing, biri-biri dan pada akhirnya boleh menjangkiti manusia.

    Anak Biri-Biri Menyerupai Manusia

    Ketika ditemu bual, seorang penduduk memberitahu bahawa ada penduduk yang memberitahu bahawa makhluk berkenaan dihantar oleh syaitan dan menjelma sebagai makhluk yang dilahirkan akibat persenyawaan lelaki dan biri-biri.

    Sumber Daily Mail/SinarTV - Saksikan video di bawah




    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad