Header Ads

  • Terkini

    Pengebom Berani Mati Letupkan Diri Jadikan Makkah Sebagai Sasaran

    Sekurang-kurangnya 11 orang termasuk enam jemaah umrah asing cedera selepas seorang pengebom nekad menjadikan kota suci Makkah sebagai sasaran meletupkan dirinya, kata kementerian dalam negeri.


    Pengebom Berani Mati Letupkan Diri Jadikan Makkah Sebagai Sasaran

    Kejadian dilaporkan berlaku di sekitar Masjidil Haram, ketika ribuan jemaah berkumpul untuk menunaikan solat Jumaat terakhir Ramadan tahun ini.

    AFP memetik jurucakap kementerian, Jeneral Mansour al-Turki, yang memberitahu televisyen Saudi, polis menggagalkan rancangan lelaki itu yang cuba menjadikan Masjidil Haram, jemaah umrah dan mereka yang beribadat sebagai sasaran.

    Dalam serbuan waktu subuh di Makkah dan bandar Laut Merah, pegawai Jeddah menahan lima suspek, termasuk seorang wanita, sebelum mengepung pengebom di sekitar Masjidil Haram.

    "Dia mula menembak ke arah anggota keselamatan sebaik menyedari kehadiran mereka di kawasan itu. Tembakan berlaku sebelum dia meletupkan diri," kata al-Turki.


    Menurutnya, letupan itu menyebabkan sebahagiannya bangunan tempat suspek berlindung runtuh, mencederakan enam jemaah.

    Sejak akhir 2014, Arab Saudi sering berdepan pengeboman berkala dan tembakan yang didakwa dilakukan kumpulan militan IS.
    Akhir Ramadan lalu, empat pegawai keselamatan mati dalam insiden letupan dekat Masjid Nabi di Madinah.

    Ia antara satu daripada tiga letupan nekad di seluruh kerajaan itu pada hari yang sama, dengan tujuh dipercayai terbunuh. Insiden lain berlaku di Jeddah dan Qatif. - MalaysiaKini


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad