Header Ads

  • Terkini

    Selamat Tinggal Ampang Park - Pusat Membeli Belah Pertama Bakal Diroboh Untuk Projek MRT

    Dalam usaha untuk memberi laluan kepada projek Mass Rapid Transit (MRT), pusat membeli-belah pertama tertua di Malaysia akan dirobohkan. Malangnya, kita perlu mengucapkan selamat tinggal kepada Ampang Park.


    Ampang Park - Pusat Membeli Belah Pertama
     Ampang Park - Pusat Membeli Belah Pertama Di Malaysia, Bakal Diroboh Untuk Projek MRT
    Sumber: The Malaysian Culture Group

    Notis pengambilan tanah oleh kerajaan untuk stesen MRT Ampang Park telah dikeluarkan pada 25 September, dua tahun yang lalu. Pengambilan tanah diteruskan semula kerana bantahan undang-undang yang dikemukakan oleh 39 pemilik strata dan penyewa pusat membeli-belah telah berakhir pada 1 Jun tahun ini. Anda boleh mengatakan bahawa mereka adalah bersemangat dan berazam untuk menjaga tanah ini, tetapi tidak dapat kerana pemohonan mereka tidak diterima oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif.

    Malah, mereka juga meminta untuk pampasan RM5 juta untuk setiap lot jika projek ini diteruskan.

    Laporan AFP, Penasihat Persatuan Peniaga 1Malaysia Ampang Park, Dr Dzulkhaini Hussain berkata nilai yang ditetapkan oleh 253 pemilik premis itu setimpal dengan kerugian yang ditanggung jika mereka terpaksa keluar pindah dari premis.


    Beliau juga menyatakan bahawa tanah di kawasan Ampang Park kini mahal dan mempunyai nilai yang tinggi. Ianya pasti yang tiada kawasan lain yang mempunyai nilai yang serupa dengan itu! Oleh kerana itu, pemilik berhak meminta pampasan selaras dengan nilai, sekurang-kurangnya RM5 juta setiap lot.

    “Sudah tentu projek MRT boleh diteruskan, tetapi kenapa tanah itu dijual kepada syarikat lain hanya untuk mempunyai sesuatu dibina lagi?” adalah kenyataan yang dibuat oleh beliau.

    Ampang Park dibina di tahun yang sama dengan People’s Park Complex, Singapura, dibina pada tahun 1973. Ia juga dibina oleh pasukan yang sama. People’s Park Compelx adalah pusat membeli-belah yang pertama dibina di Asia Tenggara.

    Ampang Park - Pusat Membeli Belah Pertama Di Malaysia, Bakal Diroboh Untuk Projek MRT
    Foto Sumber: Ampang Park

    Ampang Park dibina sebagai kerjasama antara pasukan dan seorang arkitek tempatan, Thomas A S Tiang. Ia telah berdiri selama 44 tahun.

    Malangnya, ini adalah masa untuk mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih. Terima kasih untuk kenangan yang telah dibuat dan perniagaan yang telah dikembangkan di Ampang Park.

    Terima kasih kerana menjadi tempat yang nostalgik di tengah bandar, di mana terdapat banyak menara-menara yang baru.


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad