Header Ads

  • Terkini

    Sepasang Beruk Pakai Baju Raya Tular, Netizen Ingin Tahu Siapa Jamil Kucing

    Tular beberapa keping gambar sepasang beruk meraikan lebaran dengan siap beberapa persalinan pakaian baju Melayu dan baju kurung. Pasangan beruk itu dinamakan JK dan Shaki. Ia milik kepada seorang lelaki separuh usia, Jamil Ismail atau lebih dikenali sebagai Jamil Kucing.


    Sepasang Beruk Pakai Baju Raya Tular, Netizen Ingin Tahu Siapa Jamil Kucing

    Siapa Jamil Kucing? Anda mungkin pertama kali mendengar nama tersebut bukan?

    Jamil Kucing merupakan bekas pegurus peribadi bekas Perdana Menteri Malaysia ketiga, Tun Hussein Onn dan Tengku Mahkota Johor Tuanku Ismail Sultan Ibrahim.

    Demi kecintaannya terhadap haiwan, Jamil Kucing meletakkan jawatannya sebagai seorang pembantu peribadi dan menjadi penyelamat haiwan sepenuh masa.

    Sepasang Beruk Pakai Baju Raya Tular, Netizen Ingin Tahu Siapa Jamil Kucing

    Jamil Kucing sering menyelamatkan haiwan-haiwan terbiar seperti kucing, anjing dan sebagainya.

    Menurut laporan The Malay Mail, sehingga kini dia mempunyai lebih kurang 100 ekor kucing, seekor anjing dan dua ekor beruk.


    Kedua-dua beruk yang tular itu dinamakan JK dan Shaki dan dianggap seperti anaknya sendiri.

    Jamil Kucing dalam kenyataannya memberitahu bahawa dirinya mula memiliki haiwan ketika darjah 5 lagi.

    Sepasang Beruk Pakai Baju Raya Tular, Netizen Ingin Tahu Siapa Jamil Kucing

    Kini dia masih mencari dana bagi haiwan terbiar dengan membenarkan orang ramai mengambil gambar bersama haiwan berkenaan sebelum orang ramai memberikan sumbangan seikhlas hati.

    Sehingga kini Jamil Kucing mempunyai lebih 43,000 pengikut di Facebook.

    Teks oleh: Amri Hassan
    Sumber: The Malay Mail, FB Jamil Kucing
    Sumber: Astro Gempak


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad