Header Ads

  • Terkini

    Siti Kasim Didakwa Kerana Menghalang Proses Keadilan Ketika Serbuan JAWI

    Peguam Siti Zabedah Kasim hari ini didakwa kerana menghalang proses keadilan semasa serbuan pada satu acara transgender, April tahun lepas.


    Siti Kasim Didakwa Kerana Menghalang Proses Keadilan Ketika Serbuan JAWI

    Serbuan berkenaan dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Renaissance Hotel, Kuala Lumpur yang berlangsung selama dua setengah jam selepas acara bermula.

    “Hari ini, anak guam saya, Siti Kasim didakwa mengikut Seksyen 189 Kanun Keseksaan,” kata peguamnya Roger Chan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi ini.

    Seksyen 186 Kanun Keseksaan adalah berkaitan kesalahan menghalang penjawat awam. Siti boleh menghadapi hukuman maksimum dua tahun penjara atau denda maksimum RM10,000, atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.

    Aktivis hak asasi manusia itu mengaku tidak bersalah dan mohon kes itu dibicarakan. Majistret Ahmad Solihon Abdul Wahid mengarahkan sebutan kes pada 22 Ogos selepas tertuduh membayar ikat jamin sebanyak RM3,000


    Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd Ashif berhujah Siti Zabedah dengan sengaja menghalang pegawai Jawi daripada menjalankan serbuan tersebut dan meminta supaya tiada ikat jamin dibenarkan.

    Chan dan pembantunya Rajsurian Pillai bagaimanapun memohon bon jaminan, yang diberikan oleh majistret.- Malaysiakini


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad