Header Ads

  • Terkini

    Suami Ancam Sembelih Anak Dengan Pedang Samurai Jika Isteri Tidak Pulang Raya

    KOTA KINABALU: Hanya kerana kegagalan isterinya untuk pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri, seorang lelaki berusia 30 tahun hampir 'menyembelih' dua anaknya yang berusia empat dan lima tahun menggunakan pedang samurai kerana terlalu kecewa.


    Suami Ancam Sembelih Anak Dengan Pedang Samurai Jika Isteri Tidak Pulang Raya

    Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, siasatan mendapati, dalam kejadian pada pukul 5 petang semalam, suspek yang positif syabu mengalami kemurungan selepas kecewa dengan kegagalan isterinya yang bekerja di Johor untuk pulang beraya.


    Katanya, disebabkan kecewa, suspek telah mengurung dua anaknya di dalam bilik di rumah keluarganya di Menggatal dan mengancam untuk membunuh mereka dengan meletakkan pedang samurai di leher ketika ahli keluarganya cuba memujuk.

    "Suspek bagaimanapun tidak meneruskan tindakannya selepas pihak polis yang datang berusaha memujuk dan menasihatkannya.

    "Suspek telah menyerah diri dan ditahan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh manakala kedua-dua anaknya tidak mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    - UTUSAN ONLINE


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad