Header Ads

  • Terkini

    Wak Doyok Dilabel Riak, Takbur Gara-gara Tunjuk Butang Baju Melayu RM33,000

    Tidak lengkap penampilan pagi 1 Syawal tanpa busana tradisi baju Melayu lengkap bersamping. Penghias gaya pastilah butang baju Melayu. Pelbagai rekaan dan warna dihasilkan saban tahun malah julat harga yang ditawarkan pengeluar butang baju Melayu juga berbeza-beza. 


    Wak Doyok Dilabel Riak, Takbur Gara-gara Tunjuk Butang Baju Melayu RM33,000

    Namun, anda pasti terkejut apabila mendapat tahu Wak Doyok sanggup berhabis RM33,000 demi butang baju Melayu!

    Menerusi sebuah entry di Twitter miliknya @Wak_Doyok pada 19 Jun lalu, pengacara itu pada mulanya berkongsi sekeping gambar katalog butang baju Melayu ribuan ringgit yang menjadi pilihannya.


    Malah, Wak Doyok turut memuat naik sekeping gambar dia memakai butang baju Melayu bernilai RM33,000 apabila peminat bertanyakan harga yang bernilai sama dengan sebiji kereta.



    Wak Doyok juga menjelaskan harga samping yang dipakainya.

    “Harga dari RM10,000 hingga RM40,000 pun ada. Tenun Terengganu,” katanya.



    Perkongsian fakta itu mengejutkan netizen dan mencetuskan perdebatan akan keperluan butang baju Melayu sedemikian nilainya.

    “Nampak riak dan takburnya wak,” tulis @syahdude.



    “Wak Doyok ni meniaga apalah kaya sangat? Butang baju Melayu saja dah RM30,000, zakat harta tak tahulah berapa keluar tu,” soal @TheLarats.



    “Butang baju Melayu Wak Doyok kalau bagi aku gadai memang langsai hutang PTPTN sekali gus. Allahu,” tulis @Anne_Schahieyra.


    Walau berapa nilai butang baju Melayu sekali pun, berbelanjalah mengikut keperluan bukannya nafsu. - AstroGempak


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad