Header Ads

  • Terkini

    Isteri Selepas Lahir Anak Dingin Seks. Suami Rela ‘Bersetubuh’ Dengan Patung

    Lelaki Jepun mula jatuh cinta dengan patung asmara bagi melayan perasaan dan juga keinginan seks mereka. Setiap tahun, kira-kira 2,000 patung bersaiz manusia dengan harga US$6,000 (RM25,758) dijual di negara itu, lapor AFP.


    Isteri Selepas Lahir Anak Dingin Seks. Suami Rela ‘Bersetubuh’ Dengan Patung
    Masayuki Ozaki menidurkan patung silikon yang dicintainya Mayu di sebuah hotel asmara di Yachimata, Chiba pada 13 Jun 2017. — Foto AFP

    Masayuki Ozaki, 45, tergoda dengan patung silikon, dipanggilnya Mayu, setelah isterinya tidak lagi mengadakan seks selepas melahirkan anak.

    “Sewaktu terpandang sahaja Mayu di ruang pameran, ia ibarat cinta pandang pertama,” kata ahli fisioterapi itu, malu-malu.

    Masayuki Ozaki

    Beliau membawa patung itu keluar temu janji di atas kerusi roda, dan memberinya pakaian seksi, rambut palsu dan barang kemas.

    Isterinya berang pertama kali melihat Mayu dibawa pulang ke rumah, sementara anak gadisnya pula menganggap ia tidak senonoh.

    Masayuki Ozaki

    Namun Riho terpaksa beralah juga dengan kerenah suaminya, sementara anak mereka sudah sedia berkongsi pakaian Mayu.

    “Wanita Jepun tiada perasaan,” kata Masayuki ketika ditemubual sambil membawa berjalan kekasihnya itu di tepian pantai.

    “Mereka pentingkan diri sendiri. Lelaki mahu seseorang tempat mengadu tanpa banyak membebel apabila mereka pulang setelah penat bekerja.”

    Teknologi pula memajukan lagi rekaan patung asmara berbanding ciptaan tahun 1970-an yang diisi dengan angin.
    “Patung kini sungguh asli dan rasanya macam anda menyentuh kulit manusia,” kata Hideo Tsuchiya, pengarah urusan syarikat pembuat patung Orient Industry.

    Patung asmara menjadi kegilaan di kalangan pelanggan yang kurang upaya, duda dan juga penagih patung mainan.

    Ada lelaki memilih patung untuk mengelak hati terluka akibat kecewa cinta.

    “Manusia terlalu mendesak,” kata Senji Nakajima, 62, dengan manja memandikan kekasihnya Saori. Foto patung ini menghiasi dinding kediamannya.

    “Hati saya cair apabila pulang bertemu Saori. Ia tidak pernah mengkhianati saya, ia menghilangkan semua keresahan saya.”

    Namun ahli perniagaan beranak dua itu berdepan cabaran hebat. Isterinya tidak mengizinkan patung itu dibawa pulang ke rumah mereka.

    “Anak lelaki saya boleh menerimanya tetapi anak perempuan saya tidak dapat menerimanya,” kata Senji, yang mengenakan pakaian dalam seksi untuk Saori.

    Bagaimanapun beliau enggan mengalah pada tuntutan isterinya. “Saya tidak mahu merosakkan apa yang saya nikmati bersama Saori,” tambahnya.

    Sumber: Projek MMO


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad