Header Ads

  • Terkini

    Kantoi Jugak Akhirnya ! Wanita Scam Duit Bisnes Online Masuk Perangkap Aeril Zafrel

    Menerusi laman IG milik Aeril Zafrel, seorang wanita yang dikatakan telah menipu beliau dalam satu urusan pembelian produk @wawazainalrtw dan @limawaktuhq yang mencecah kerugian puluhan ribu secara online.



    Aeril dikatakan membuat pancing agar wanita berkenaan hadir dan masuk ke perangkap beliau dengan bantuan pihak polis. Syabas.

    Menurut netizen yang memberikan komen di laman IG beliau , lokasi kejadian dilaporkan di Petron Sijangkang Bt 8. Dalam video berkenaan, seorang wanita berbaju hijau hadir ke lokasi mungkin untuk mengambil stok baju limawaktu atau barang yang telah dibuat pesanan.


    Dilihat reaksi muka wanita berkenaan tergamam apabila lelaki yang dijumpai itu menunjukkan kad kuasa polis.

    Wanita berkenaan kemudian diarahkan ke kawasan sekitar Petron Sijangkang untuk disoal selidik.

    Syukurrr... Tadi dengan bantuan pihak polis berjaya menangkap seorang scamer yang telah memperdaya pembelian produk @wawazainalrtw dan @limawaktuhq yang mencecah kerugian puluhan ribu secara online. Semoga menjadi pengajaran pada semua. Terima Kasih @pdrmsia_official
    A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on Jul 5, 2017 at 1:31am PDT


    Alhamdulillah Aeril, akhirnya orang yang scam telah berjaya ditangkap. Legalah perasaan, mana tidaknya mencecah puluhan ribu ringgit bukanlah jumlah yang sedikit. Tahniah dan syabas sekali lagi PDRM !

    Jadi, kepada korang yang berniat nak scam orang tu, hentikanlah niat tersebut."MAKAN TAK HABIS" nanti , carilah rezeki yang berkat untuk diberikan makan kepada ahli keluarga kita


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad