Header Ads

  • Terkini

    Kes Curi - Bekas Bibik Datuk Aliff Syukri Berdepan Hukuman Penjara Tujuh Tahun

    Bekas pembantu rumah pengasas produk D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman didakwa di Mahkamah Majistret Selayang, hari ini, atas tuduhan mencuri tiga utas gelang tangan berjumlah lebih RM1,500 milik isteri jutawan terkenal itu, bulan lepas.


    Kes Curi - Bekas Bibik Datuk Aliff Syukri Berdepan Hukuman Penjara Tujuh Tahun

    Sundari, 40, warga Indonesia mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.

    Berdasarkan pertuduhan, Sundari didakwa mencuri tiga utas gelang emas berjumlah RM1,509.14 milik Datin Nur Shahida Mohd Rashid di sebuah rumah di Kampung Damai, Kuang, Kuala Lumpur pada 18 Jun lalu.

    Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

    Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul 'Ain Shafie tidak menawarkan sebarang jaminan  kerana tertuduh adalah warga asing.  Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 19 Julai ini untuk sebutan semula kes.


    Pada 20 Jun lalu, media melaporkan jutawan kosmetik itu mengamuk apabila dia mendapat tahu beberapa pembantu rumahnya membuat pakatan mencuri wang dan barang berharga miliknya bernilai RM100,000.

    Susulan kejadian itu, satu resit kiriman wang bernilai RM7,500 ke Indonesia ditemui yang dipercayai dilakukan pembantu rumah tersebut.

    Kes itu menjadi viral selepas Aliff Syukri memuat naik lima video menunjukkan tindakannya menyoal siasat pembantu rumah selain rakaman beliau mengheret wanita itu ke Balai Polis Sungai Buloh.

    Sumber: Bernama


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad