Header Ads

  • Terkini

    Raja Salman Arah Tangkap Putera Saud Kerana Belasah, Dera Orang Awam

    RAJA Arab Saudi, Raja Salman hari ini, mengarahkan seorang kerabat diraja negara itu ditahan selepas muncul rakaman video menunjukkan putera berkenaan mendera orang awam, termasuk wanita.


    Raja Salman Arah Tangkap Putera Saud Kerana Belasah, Dera Orang Awam

    Raja Salman mengarahkan penahanan Putera Saud bin Abdulaziz bin Musaed bin Saud bin Abdulaziz serta rakan subahatnya dalam video yang dilapor dimuat naik ke You Tube dan Twitter semalam.

    Antaranya, raifal diacu kepada dua lelaki dengan seorang daripadanya berdarah di kepala.


    Satu klip yang ditonton lebih 760,000 kali menunjukkan 18 botol wiski Johnnie Walker Red Label di atas meja dan sejumlah wang tunai. Penjualan dan minum minuman keras dilarang di Arab Saudi.

    Satu lagi rakaman menunjukkan seorang lelaki duduk dalam kereta dengan mulutnya berdarah hingga mengenai baju sambil dicerca kerana meletak kereta di depan sebuah rumah.

    Satu lagi rakaman menunjukkan putera itu menendang dan menumbuk seorang lelaki di atas kerusi dalam bilik.

    Video terbabit kini tular di Arab Saudi melalui Twitter dengan orang ramai mendesak putera itu ditahan.



    Menurut stesen televisyen kerajaan Arab Saudi, Al-Ikhbariya, Raja Salman yang mengeluarkan arahan penahanan itu menyatakan tiada siapa yang ada dalam rakaman terbabit akan dibebaskan sehingga mahkamah menjatuhkan hukuman.

    Hari ini, satu video tersiar menunjukkan putera itu dibawa keluar oleh polis dari sebuah bangunan dengan tangannya bergari.

    Sumber: Harian Metro


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad