Header Ads

  • Terkini

    Pengikut Merusuh 36 Terkorban, Pemimpin Spiritual Disabitkan Merogol

    New Delhi, India: Beberapa kawasan di utara India menjadi mangsa keganasan yang dimulakan oleh pengikut Gurmeet Ram Rahim Singh. Setakat ini 36 orang telah meninggal dunia dan 552 yang lain telah ditahan akibat keganasan yang berlarutan ini.


    Gurmeet Ram Rahim Singh

    Gurmeet Ram Rahim Singh telah disabitkan atas kesalahan merogol salah seorang pengikutnya pada tahun 1999. Beliau merupakan seorang pemimpin spiritual di India dan dikatakan mempunyai jutaan pengikut diseluruh dunia.

    Semuanya bermula pada tahun 2002 apabila seorang mangsanya menghantar surat bertulis kepada Perdana Menteri pada ketika itu, Atal Bihari Vajpayee. Sebelum memaksa dirinya ke atas mangsa, Gurmeet Ram Rahim Singh telah memberitahu mangsa bahawa dia adalah tuhan, dan setelah itu mangsa dirogol berulang kali selama tiga tahun.


    Mangsa juga menyatakan bahawa gilirannya untuk dirogol akan tiba setiap 25 ke 30 hari. Menurut Times of India apabila Gurmeet Ram Rahim Singh ditanyakan oleh mangsanya, “Adakah tuhan juga melakukan perkara sebegini?”

    Antara jawapan (ugutan) yang diberikan oleh Gurmeet Ram Rahim Singh adalah, “Pendapatan harian ‘dera’ (pertubuhan) adalah 10 juta rupee (RM 660,000) sehari dan kita boleh membeli pemimpin, polis dan hakim-hakim.”

    Ramai perempuan dihantar untuk ‘berbakti’ kepada Gurmeet Ram Rahim Singh oleh keluarga masing-masing kerana merupakan dara lanjut usia dan tidak boleh berkahwin lagi.



    Menurut laporan oleh BBC Gurmeet Ram Rahim Singh juga dikenali sebagai “Rockstar Baba” kerana penampilannya dan juga mempunyai 6 video muzik serta beberapa filem Bollywood.

    Beberapa anggota polis juga telah ditahan kerana cuba membebaskan Gurmeet Ram Rahim Singh dari tahanan.


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad