Header Ads

  • Terkini

    Sewa Villa RM77K Semalam Di Maldives, Haters Kecam Hanis Zalikha 'Berlagak Kaya'

    Bagi mereka yang mengikuti laman Instagram Hanis Zalikha, pastinya mereka tahu yang Hanis Zalikha kini sedang bercuti bersama keluarganya di Maldives.


    Sewa Villa RM77K Semalam Di Maldives, Netizen Kecam Hanis Zalikha 'Berlagak Kaya'

    Di sana, mereka sekeluarga menginap di sebuah villa mewah dan eksklusif yang dibina di atas air dan terletak di tengah-tengah laut. Berdasarkan semakan pada laman web tempahan hotel di internet, harga villa yang ditempah oleh Hanis adalah sekitar RM77,000 semalam.



    Hanis yang berkongsi gambar-gambar percutian di laman Instagram beliau telah menarik perhatian orang ramai yang rata-ratanya berasa teruja melihat kemewahan villa tersebut.





    Namun, terdapat segelintir netizen yang berasa ‘merah mata’ dengan kemewahan villa tempat tinggal Hanis bersama keluarganya itu di Maldives dan menuduh beliau dan suami sebagai berlagak kaya semata-mata.


    Seorang haters yang menggunakan nama Hamid Mohd telah meninggalkan komen yang mempertikaikan tindakan Hanis Zalikha itu yang dikatakan seperti mahu berlagak kaya semata-mata.


    Namun, komen Hamid ini kemudiannya telah disangkal oleh netizen-netizen yang lain yang mengatakan rezeki itu milik masing-masing dan turut menasihati Hamid supaya tidak mencemburui rezeki milik orang lain.


    Tidak ketinggalan pula komen #donedakwah yang cukup popular di kalangan netizen sekarang ini yang kemudiannya telah mendapat backfire daripada netizen yang lain.




    Janganlah mengecam keterlaluan kerana kita tidak tahu mungkin Hanis mendapat tajaan bercuti dan tidak mengeluarkan duit poket sendiri. Jika gunakan duit poket sendiri sekalipun itu hak masing-masing.

    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad