Terkini Berita Kehilangan Pesawat MH370 | Peta Laman | Komen | Exchange Link | Backlink | Jawatan Kosong Contact Us | Disclaimer | Privacy Policy
Terkini ►
Showing posts with label Pelik. Show all posts
Showing posts with label Pelik. Show all posts

Kambing Pelik Berwajah Mirip Manusia Dilahirkan Di Arab Saudi

Di Riyadh, Arab Saudi - seekor kambing berwajah manusia dilahirkan di Arab Saudi tetapi mati beberapa jam kemudian.  Menurut laporan akhbar tempatan kelmarin, kelahiran “pelik” itu terjadi di sebuah ladang di Samita.

Kambing Pelik Berwajah Mirip Manusia Dilahirkan Di Arab Saudi
Manurut laporan lagi, selepas induk kambing itu bunting selama sembilan bulan, satu lagi perkara luar biasa kerana kebiasaannya purata tempoh bunting binatang itu hanya kira-kira lima bulan.

“Saya terkejut apabila kambing itu terus bunting selama sembilan bulan sama seperti manusia.

Tambah mengejutkan apabila kandungan itu dilahirkan. Saya ketika itu berada di luar kawasan.

“Pekerja ladang menghubungi saya dan memaklumkan yang anak kambing itu berwajah manusia.

Ketika tiba di ladang, anak kambing itu sudah mati.

Tetapi saya sempat melihat wajahnya,” kata pemilik ladang itu. - Agensi


Wa Allahu'alam..

Tabiat Lelaki Pelik !! 13 Tahun 'Hidup Bersama Dan Berkahwin' Dengan Patung

Di Michigan, seorang lelaki di Amerika Syarikat mempunyai tabiat pelik, berkahwin dengan patung yang benar-benar menyerupai seorang wanita selama 13 tahun. 

Davecat hidup bersama dan berkahwin dengan patung selama 13 tahun
Davecat hidup bersama dan berkahwin dengan patung selama 13 tahun
Lelaki yang digelar sebagai Davecat itu mendapat perhatian media tempatan The Atlantic berikutan kisah hidupnya yang aneh itu.

Menurutnya, dia perlu menyimpan wang selama setahun setengah untuk membeli patung wanita dari kilang pengeluar patung, RealDoll dengan harga AS$6,000 (RM19,566).

Patung yang dibelinya pada 2000 itu diberi nama Sidore Kuroneko. Davecat kemudian membentuk wajah, warna mata, warna kulit, susuk tubuh dan payu dara patung itu.

“Hasilnya benar-benar mengagumkan bagai jatuh cinta pandang pertama,” katanya.

RealDoll ialah kilang pengeluar patung seks. Secara anatomi. Sidore memang menyerupai manusia.


Kulitnya amat halus walaupun diperbuat daripada silikon. Walaupun Sidore ialah patung seks, tetapi Davecat menganggapnya sebagai pasangan hidupnya.

Menurut Davecat, hubungannya dengan Sidore dapat dibahagikan kepada 70 peratus hubungan seksual dan 30 peratus hubungan semula jadi. Dia juga mengakui dirinya sering tertarik dengan robot wanita atau Gynoids.

Davecat bersama Sidore di kediaman mereka.
Davecat bersama Sidore dan Elena di kediaman mereka.
Davecat berkata, keputusannya untuk menjalin hubungan dengan patung dibuat selepas hubungannya dengan manusia sering menemui kegagalan.

Davecat membaca buku bersama Sidore
Davecat membaca buku bersama Sidore
Menurut Davecat, hubungannya dengan patung yang disebut sebagai ‘Sintetik’ lebih bermakna.

“Pengalaman saya dengan ‘Organik’ (manusia) tidak pernah bertahan lama atau selalu berakhir dengan kekecewaan. “Sintetik tidak akan curang, berbohong atau mengadili diri anda,” katanya.

Patung Sidore dan Elena, buah hati Davecat
Patung Sidore dan Elena, buah hati Davecat
Selain Sidore, dia juga memiliki sebuah patung yang dibelinya dari Russia dan dinamakan sebagai Elena. Menurutnya, Elena ialah patung simpanan dan juga teman kepada Sidore. - Agensi

Seram !! Disangka Sudah Mati, Nenek Ditemui Sedang Memasak 6 Hari Kemudian

Di Beijing, seorang wanita China berusia 95 tahun yang disangka sudah mati mengejutkan jirannya apabila dia bangun semula enam hari selepas dia dimasukkan ke dalam keranda.

Disangka Sudah Mati, Li Xiufeng Ditemui Sedang Memasak 6 Hari Kemudian
Disangka Sudah Mati, Li Xiufeng, 95 Ditemui Sedang Memasak 6 Hari Kemudian
Li Xiufeng ditemui tidak bergerak dan tidak bernafas oleh seorang jiran dua minggu selepas dia jatuh dan mengalami kecederaan di kepala di kediamannya di Beiliu, wilayah Guangxi.

Apabila jiran yang menemuinya itu tidak dapat menyedarkan wanita itu, mereka menyangka dia sudah meninggal dunia.

Dia diletakkan di dalam keranda tanpa dikunci yang disimpan di kediamannya mengikut tradisi Cina, menanti saudara-mara dan teman rapat untuk memberi penghormatan terakhir.

Namun, sehari sebelum pengebumian, jiran mendapati keranda itu kosong dan kemudiannya menjumpai wanita itu memasak di dapur.

Seorang jiran, Chen Qingwang, 60, yang mula-mula menemui Xiufeng berkata: “Dia tidak bangun, jadi saya datang untuk membangunkannya.

 “Walau betapa kuat saya menggerakkan tubuh dan memanggil namanya, dia tidak memberi sebarang reaksi.

 “Saya dapat rasakan ada yang tak kena, jadi saya periksa nafasnya dan mendapati dia sudah tiada, tetapi tubuhnya ketika itu tidak sejuk. Disebabkan Xiufeng tinggal bersendirian, Qingwang dan anak lelakinya membuat persediaan untuk upacara pengebumiannya.

Pada hari upacara pengebumiannya, anak lelaki Qingwang tiba di rumah Xiufeng dan mendapati mayatnya sudah hilang sebelum menemui dia sedang memasak.

Wanita itu dilapor memberitahu penduduk kampung: “Saya tidur begitu lama. Selepas bangun, saya terasa begitu lapar dan mahu memasak sesuatu. “Saya tolak penutup keranda itu.

Saya mengambil masa begitu lama untuk berbuat demikian sebelum dapat keluar dari keranda itu.” – DM. Wa Allahu'alam..

Benarkah ini? - Ribuan Udang Dan Ikan Terdampar Di Pantai Miri


Ribuan Udang Dan Ikan Terdampar Di Pantai Miri? Terbaru, kejadian sama didakwa berlaku di pantai Miri, Sarawak. Beberapa keping gambar fenomena pelik ini telah dikongsikan dalam fanpage facebook I Love Sarawak.

Bagaimanapun, kesahihan cerita ini masih belum disahkan kerana tiada sebarang video telah dimuatnaik di laman sosial mahupun di laman youtube bagi membuktikannya. Apapun, mari layan empat keping gambar ribuan udang dan ikan dilihat terdampar di pantai Miri, Sarawak.

Pada 24 Disember tahun lalu, orang ramai di serata Malaysia dikejutkan dengan pendaratan ribuan ikan tamban di pantai Tambisan Lahad Datu, Sabah.

Kejadian itu mendapat liputan media massa dan akhbar-akhbar tempatan malah turut hangat diperkatakan di laman-laman sosial.

Maklumlah, ia pertama kali dilaporkan berlaku di Malaysia meskipun penduduk di kampung berkenaan memberitahu fenomena itu sudah beberapa kali berlaku.




Wa Allahu'alam..

Wanita Australia Terkejut Temui Epal ‘Kembar’ Merah-Hijau Di Laman Rumahnya

Kingston (Australia): Seorang wanita terkejut apabila pokok epal di halaman rumahnya mengeluarkan buah “kembar,” lapor media semalam.

Mel menunjukkan buah epal ‘kembar’ yang ditemui di pokok laman rumahnya.
Mel Staples berkata, dia meminta anak lelakinya yang berusia lapan tahun untuk memetik buah itu di halaman rumah mereka untuk dimakan.

Namun, katanya, dia terkejut kerana ia sangat berbeza daripada epal biasa. “Epal itu kelihatan seperti cantuman epal hijau dan merah dan ia bercantum dengan baik,” katanya.

Epal pelik itu tumbuh di laman rumah Mel di Kingston, selatan Tasmania.

Mel juga memuat naik gambar epal berkenaan ke laman sosial dan menarik perhatian rakan-rakannya.

“Mereka tidak mempercayai epal ini dan menuduh saya mewarnakan buah berkenaan sebagai bahan jenaka,” katanya.

Sementara itu, pakar penanaman epal, Bob Magnus berkata dia belum pernah melihat epal seperti itu.

“Epal itu sangat jarang ditemui tetapi pelbagai jenis mutasi boleh berlaku pada setiap masa,” katanya.

Magnus berkata, epal sememangnya melalui proses mutasi secara semula jadi dan epal gala atau epal merah yang ada kini adalah sangat berbeza daripada generasi asal.

“Amalan kacukan epal bukan sesuatu yang aneh kerana apa yang anda jumpa di kedai kini kebanyakannya melalui proses berkenaan,” katanya. - AFP

Wa Allahu'alam..

Pelik, Doktor Temui Gigi Tumbuh Dalam Otak Bayi Lelaki Berusia 4 Bulan

Di Baltimore, USA sekumpulan doktor pakar menemui gigi tumbuh dalam otak seorang bayi lelaki berusia empat bulan dan berjaya mengeluarkannya melalui pembedahan, lapor sebuah jurnal perubatan kelmarin


Jurnal Perubatan New England dalam laporannya menyatakan, gigi bayi itu kelihatan tumbuh awal daripada sepatutnya tetapi bukan di mulut, sebaliknya dalam otaknya akibat daripada sejenis tumor otak yang jarang berlaku, tetapi ada pada bayi itu.

Jalani imbasan MRI

Bayi itu yang berasal dari Maryland, mula menarik perhatian doktor selepas pemeriksaan kesihatan rutin menunjukkan kepalanya membesar lebih cepat berbanding kanak-kanak seusianya.

Bayi itu kemudian menjalani pemeriksaan imbasan MRI yang menunjukkan tumor itu mengandungi struktur putih kecil yang kelihatan seperti gigi.

Sebaik doktor menyedari ada sesuatu yang pelik di dalam otak bayi itu, mereka melakukan pembedahan untuk mengeluarkan tumor berkenaan.


“Ketika mengeluarkan sel tumor yang berbahaya itu, doktor terkejut apabila mendapati kandungan dalam tumor itu adalah gigi yang sudah terbentuk sepenuhnya seperti yang terdapat pada rahang bahagian bawah,” lapor jurnal berkenaan

Doktor mengesan tumor itu berhampiran kelenjar pituitari bayi itu, berukuran 4.1 sentimeter. Ujian selanjutnya ke atas tisu tumor itu menunjukkan ia adalah ‘adamantinomatous craniopharyngioma’, sejenis tumor otak tidak berjangkit yang jarang ditemui tapi mampu membesar sehingga sebesar bola golf.

Pakar bedah neurologi Universiti Pusat Perubatan Maryland, Dr Narlin Beaty yang menjalankan pembedahan itu memberitahu Live Science: “Jarang ditemui gigi dalam mana-mana tumor otak. Ia craniopharyngioma, yang jarang didengar”.

“Bayi itu sekarang semakin pulih daripada pembedahan yang berjaya mengeluarkan sel tumor itu,” kata salah seorang doktor yang merawatnya. Bagaimanapun dia masih menjalani pemeriksaan rutin MRI sebagai sebahagian rawatan untuk memastikan dia bertambah baik.

“Dia semakin bertambah baik. Terdapat tumor besar betul-betul di tengah otaknya. Jika sebelum era pembedahan moden, kanak-kanak seperti ini mungkin tidak boleh diselamatkan,” kata Beaty. – dailymail.co.uk

Wa Allahu'alam..

Video Penemuan Seekor Binatang Gergasi Pelik Dijumpai di Vietnam


Binatang pelik ini seolah-olah menjadi raksasa gergasi yang digali keluar dari tanah di Vietnam. Penduduk dengan perasaan takut sedang menyaksikan binatang aneh ini di angkat naik ke atas treler.

Siapa tahu atau boleh beri gambaran binatang apakah ini? cacing gergasi? makhluk asing? Atau, adakah ini video tipu? Saksikan video dibawah:


Wa Allahu'alam..

Misteri Pokok Petai Mengeluarkan Bunyi Seakan-akan Tangisan Kanak-Kanak

Sebatang pokok petai yang didakwa mengeluarkan bunyi seakan-akan tangisan kanak-kanak menggemparkan lebih 300 penduduk di Kampung Binjai, Bunut Susu, Pasir Mas.

Pokok setinggi 10 meter itu yang terletak di laluan utama kampung berkenaan turut didakwa mengeluarkan air seolah-olah air mata.


Penduduk Kampung, Abdul Razak Manaf, 57, berkata, kejadian itu mula berlaku pada malam Jumaat lalu dan berlarutan sehingga semalam.

“Saya menyedari kejadian pelik ini pada jam 3 pagi dan mulanya menyangka ia adalah tangisan anak kecil jiran sebelah rumah.

“Selepas bertanyakan perkara tersebut kepada jiran, saya diberitahu tiada tangisan yang berlaku pada malam itu,” katanya.

Menurutnya, bagaimana pun tangisan itu berulang kembali pada malam berikutnya.

Abdul Razak berkata, disebabkan perasaan ingin tahu yang menebal dia mengambil keputusan untuk mengesan bunyi tangisan itu.

“Saya terkejut apabila mendapati ia datang dari sebatang pokok petai yang terletak kira-kira 30 meter dari rumah.

“Kejadian pelik itu turut didengari oleh jiran yang tinggal berhampiran dengan pokok berkenaan dan selepas itu perkara tersebut menjadi bualan penduduk kampung sehingga tempat ini menjadi tumpuan orang ramai,” katanya.

Menurutnya, bukan itu sahaja ada beberapa penduduk telah mengambil air yang didakwa air mata pokok petai berkenaan untuk tujuan perubatan.

Katanya, air tersebut digunakan untuk merawat penyakit antaranya strok, kulit dan sebagainya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Ismail Loman, 58, berkata, tangisan tersebut dapat didengari bermula jam 12 tengah malam dan ke atas.

“Kejadian itu cukup menghairankan penduduk dan ia merupakan kejadian aneh pertama di kampung berkenaan sejak menetap di kawasan itu 13 tahun lalu,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian di kawasan kejadian mendapati terdapat kesan air yang didakwa air dari pokok berkenaan di atas jalan.

Misteri kejadian itu telah menarik puluhan orang ramai untuk hadir bagi menyaksikan sendiri fenomena pelik tersebut secara lebih dekat.

Sementara itu Pengamal Perubatan Islam, Datuk Shamsuri Shafie berkata, kejadian tersebut berkemungkinan besar mempunyai kaitan dengan makhluk halus.

Beliau yang juga Pengasas Pusat Rawatan Islam Al-Tobibi berkata, berdasarkan kejadian yang sama pernah berlaku di sini beliau yakin kawasan tersebut pernah menjadi tempat pemujaan dan membuang barang-barang berkaitan makhluk halus.

“Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu taksub dengan kejadian tersebut.

“Sepertimana dakwaan yang mengatakan pokok petai itu mengeluarkan air mata, saya berharap orang ramai tidak terpengaruh sehingga terlalu taksub dengan air tersebut.

“Ini kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran agama Islam,” katanya ketika dihubungi.

Berdasarkan laporan berita sebelum ini, kejadian sama pernah berlaku di Pulau Pinang, dan beberapa tempat di negeri sebelah utara.

Jika dipertimbangkan faktor tiupan angin, pokok-pokok tinggi seperti pokok petai ini biasanya akan mengeluarkan bunyi seakan-akan suara tangisan jika ditiup oleh angin.

Oleh itu, kemungkinan pokok petai berkenaan yang mengeluarkan bunyian itu ada kaitan dengan faktor alam semula jadi.

Manakala menurut sumber Jabatan Pertanian Pulau Pinang, 'air mata' yang keluar dari pokok dipercayai berlaku kerana serangga riang-riang jantan akan kencing setiap lima hingga enam saat ketika dalam proses mengawan terutama pada musim kemarau.

“Kemungkinan besar air yang turun seperti hujan renyai-renyai dari pokok petai ialah air kencing riang-riang terutama jika ia berkumpul dalam jumlah yang banyak kerana ia serangga bermusim,” katanya.

Namun begitu ada segelintir penduduk kampung kawasan kejadian tidak percaya pokok petai menangis disebabkan serangga riang-riang kerana beranggapan ‘air mata’ itu mempunyai khasiat tertentu. - SH

Wa Allahu'alam..

Budak Perempuan 12 Tahun Di Yaman, Menangis Keluar Batu Di Mata

Sebelum ini kita pernah digemparkan dengan fenomena  seorang budak perempuan dari Lebanon, mengeluarkan batu kristal dari matanya ( baca artikel dan video di sini ). Tetapi kali ini kejadian pelik seorang budak perempuan di Yemen mengeluarkan batu bila menangis.

Kita biasa mendengar pepatah menangis air mata darah, menandakan kekesalan terhadap perkara yang berlaku. Tetapi kini ada perumpamaan baru iaitu menangis air mata batu.


Ia bukan satu pepatah sebaliknya benar-benar berlaku kepada seorang budak berusia 12 tahun, Saadiya Saleh yang menetap di sebuah kampung di sini.

Setiap kali dia menangis, maka matanya akan mengeluarkan ketulan batu kecil.

Batu-batu itu akan gugur dari matanya, seperti air mata.


Keadaan ini mengejutkan banyak pihak, malah pasukan perubatan sendiri pening kepala memikirkan perkara ini kerana remaja itu tidak menghidap sebarang penyakit.

Bagaimanapun penduduk kampung ada pendapat sendiri, mereka percaya Saadiya telah dikenakan sihir.


Ia menyebabkan seluruh penduduk kampung menjadi panik.

Ada yang bimbang Saadiya menjadi mangsa individu yang menyihirnya dan ada pula yang khuatir ia merupakan permulaan kepada wabak penyakit yang merbahaya.

Lihat video di bawah ini.


Wa Allahu'alam..

Betul Ke Lelaki Ini Mempunyai Ekor Berbulu Sepanjang Hampir 37 Sentimeter?

Seorang lelaki yang mempunyai ekor berbulu sepanjang hampir 37 sentimeter mungkin boleh dianggap ‘bernasib baik’ kerana dianggap sebagai dewa oleh penduduk kampungnya.

Chandre Oraon, 35, dilahirkan dengan rerambut yang tumbuh berhampiran punggung dan enggan memotongnya sejak kecil.


Keanehan itu menyebabkan penduduk tempatan yang menganut kepercayaan Hindu percaya dia adalah kelahiran semula dewa monyet, Hanuman.

Sesetengah penganut Hindu yang ingin “menyembah” Chandre sanggup datang dari jauh ke rumahnya dan menghabiskan masa beratur bagi mendapatkan restu dengan menyentuh ekornya.

Rumah Chander terletak di Alipurduar, Bengal Barat.

Chandre yang bekerja sebagai pemetik daun teh berkata, dia tidak keberatan mendapat penghargaan sebagai dewa.

“Saya tak kisah kerana ia anugerah tuhan,” katanya.

Selain ekor itu, reputasi Chandre semakin tinggi kerana keupayaannya memanjat pokok dengan mudah dan pantas seolah-olah seekor monyet. Antara orang yang datang ingin mendapatkan ‘restu’ Chandre ialah Monika Ladka.

Kata Monika, bayi lelakinya sentiasa mengalami masalah kesihatan walaupun sudah diberi pelbagai ubat.

“Selepas bertemu Chandre, bayi abang saya pulih dalam masa yang singkat,” katanya.

Justeru, kata Monika, mereka percaya Chandre adalah kelahiran semula Dewa Hanuman.

Tambahan pula, katanya, menurut cerita masyarakat setempat Chandre lahir pada Hari Hanuman. Sementara itu Chandre berkata, ada doktor pernah menawarkan untuk membuang ekornya tetapi dia menolak.

“Ketika kecil ibu pernah memotong ekor ini namun tidak lama kemudian saya demam panas dan sakit teruk. “Kata ibu, saya hampir mati,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Keadaan berkenaan menyebabkan penduduk kampung terbabit mencadangkan kepada mereka supaya membiarkan saja ekor itu tumbuh memanjang dan sehingga kini ia berukuran kira-kira 36.8 sentimeter. - Agenda

Wa Allahu'alam..

Biasanya Ular Makan Katak, Tapi Kali Ini Tiba Giliran Katak Makan Ular

Dunia Sudah Terbalik, Anda Pernah Lihat Katak Makan Ular? Fenomena ini benar-benar berlaku dan kamera berjaya menangkap gambar seekor katak memakan seekor ular di China. Fenomena semula jadi dan luar biasa yang jarang berlaku. Sebabnya, secara umumnya, katak di makan ular dan bukan sebaliknya.


Gambar katak gunung memakan ular Jerdon, berjaya dirakam oleh seorang pelancong yang melawat Qingcheng Mountain Park di Sichuan, tengah China.


Longzhong Ran, berasal dari Chongqing, mendedahkan kepada Media IC bahawa dia hampir tidak percaya melihat fenomena itu dan dia gembira untuk menangkap gambar fenomena semula jadi dalam bentuk gambar.

Wa Allahu'alam..

Gambar Dan Nama 15 Jenis Penyakit-Penyakit Yang Aneh Dan Mengerikan Di Dunia

Gambar 15 Penyakit-Penyakit Yang Aneh Dan Mengerikan Di Dunia. SubhanAllah, pasti ada hikmah mengapa Allah SWT menjadikan penyakit aneh dan mengerikan ini. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui.

Berapa ramai di antara anda yang pernah mendengar atau melihat penyakit ini?. Mungkin satu atau dua jenis penyakit sahaja, selebihnya, saya percaya anda tidak pernah mendengar atau melihatnya.

Jom kita lihat satu persatu 15 gambar penyakit-penyakit paling aneh dan mengerikan yang pernah direkodkan didunia ni…

1: POLYDACTYLISM

2: PROGERIA

3: TREE BARK SKIN DISORDER

4: LION FACE SYNDROME

5: PORPHYRIA-THE VAMPIRE DISEASE

6: WEREWOLF SYNDROME

7: PROTEUS SYNDROME

8: NEUROFIBROMATOSIS

9: LAMREY DISEASE

10: ELEPHANTIASIS (KAKI GAJAH)

11: ARGYRIA

12: TRICHOTILLOMANIA

13: CUSHING SYNDROME

14: NECROTISING FASCILITIS

15: FIBRODISPLASIA OSSIFICANNS PROGRESSIVA

Wa Allahu'alam..

Pelik - Wanita Dakwa Kandungan Bayi 5 Bulan Di Perutnya Ghaib Begitu Saja

Keterujaan sepasang suami isteri untuk menimang cahaya mata kedua terbantut apabila kandungan yang sudah berusia lima bulan disahkan ghaib tiba-tiba, minggu lalu.

Liza menunjukkan buku rekod kesihatan bayi dan ibu mengandung serta salinan imej bayinya melalui pengimejan ultrasound kepada media di rumahnya di Parit Buntar.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Liza, 30, berkata, seorang doktor perubatan mengesahkan janin dikandungnya ghaib ketika dia menjalani pemeriksaan di sebuah klinik kesihatan, di sini.

Menurutnya, dua minggu sebelum kejadian, jururawat bertugas meminta supaya dia mengamalkan pemakanan sihat berikutan berat kandungan bayinya yang berusia hampir lima bulan ketika itu semakin berkurangan.

“Bagaimanapun, setelah hampir dua minggu berulang-alik ke klinik kesihatan itu untuk menjalani pemeriksaan rutin, kami dikejutkan dengan berita kehilangan bayi dalam kandungan secara tiba-tiba.

“Kami sememangnya tidak percaya bayi dalam kandungan hilang kerana kami baru sahaja melihat imej bayi itu melalui mesin pengimejan ultra sound beberapa hari sebelum kejadian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Liza berkata, pada mulanya dia tidak mempercayai penjelasan diberikan petugas klinik kesihatan terbabit dan bertemu seorang doktor perbidanan serta sakit puan untuk mendapatkan kepastian.

Bagaimanapun, mangsa dan suami sekali lagi terkejut apabila hasil pemeriksaan doktor terbabit turut mengesahkan kehilangan janinnya.

“Masih tidak percaya dengan apa yang berlaku, kami segera mendapatkan penjelasan mengenai fenomena pelik menimpa bayi kami di Hospital Parit Buntar.

“Hasil pemeriksaan kali ketiga di hospital itu sekali lagi mengesahkan kandungan saya hilang dan doktor memberi alasan kehilangannya disebabkan berlaku pengecutan pada janin,” katanya.

Menurutnya, sebalik pengesahan dibuat doktor, dia masih tidak berputus asa dan mencuba rawatan perubatan tradisional dengan harapan dapat memulihkan kandungannya.

Bagaimanapun, usaha Liza dan suaminya tidak berhasil apabila lima pengamal perubatan tradisional yang ditemui mendakwa bayi dalam kandungannya dilarikan makhluk halus atau orang bunian.

“Kini, saya trauma dan sering menangis melihat barang kelengkapan bayi yang dibeli sebelum ini sebagai persediaan menyambut anak yang dijangka lahir April ini.

“Namun begitu, saya dan suami reda dengan ketentuan Ilahi serta percaya ada hikmah di sebalik kejadian aneh ini,” katanya.

Liza turut menjelaskan, dia kini menunggu panggilan daripada Hospital Taiping untuk menjalankan rawatan mencuci rahimnya meskipun kandungannya disahkan hilang.

“Kejadian yang berlaku turut menginsafi kami sekeluarga dan saya berharap kejadian aneh ini dapat dijadikan pengajaran kepada ibu mengandung lain,” katanya.

Wa Allahu'alam..

Jasad Bayi Puluhan Tahun Disemadi Ditemui Masih Sempurna

Beberapa penduduk terkejut apabila jasad dipercayai seorang bayi perempuan masih sempurna biarpun sudah disemadikan puluhan tahun lalu ketika kerja mengalihkan tujuh pusara lama yang terletak di luar kawasan Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, Alor Gajah di sini, pagi kelmarin.

Seorang penggali kubur Abdul Ghani Ibrahim mengangkat jasad yang ditemui dan dikafankan semula sebelum dipindah serta disemadi.

Difahamkan, jasad bayi berkenaan antara tujuh pusara dipindahkan ke kawasan tanah perkuburan yang diwartakan itu.

Naib Pengerusi Masjid Al-Syakirin Padang Sebang Rambeli Md Taha, 73, berkata, tujuh pusara lama itu dipindahkan ke kawasan tanah perkuburan kerana ia membabitkan maruah Islam.

“Saya dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid mengambil masa hampir lapan bulan bagi memastikan perpindahan pusara lama ini dapat dilaksanakan dengan sempurna sebelum mendapat persetujuan daripada Mufti Melaka, baru-baru ini.

“Jika dikenal pasti dan diteliti, masih banyak lagi pusara lama tidak ditempatkan dalam kawasan tanah perkuburan, namun ia memerlukan masa agak panjang untuk dipindahkan kerana prosedur yang ketat,” katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin. --myMetro

Wa Allahu'alam..

Kambing Pelik Mempunyai Empat Tanduk Di Kuala Pilah


Kambing Pelik Bertanduk Empat Di Kuala Pilah.. Keadaan luar dari kebiasaan binatang bertanduk lebih daripada dua bukanlah sesuatu yang asing lagi. Sering kita dengan berita seperti ini berlaku di negara luar.

K Lachmanan, 52 seeorang penternak kambing dan lembu selama 30 tahun dan ini adalah pertama kali dalam hidupnya memiliki kambing yang mempunyai tanduk 4.


Saya perasan dan terkejut melihat keempat-empat tanduk ini tumbuh serentak ketika ia berusia enam bulan dengan dua menegak dan dua lagi bengkok ke bawah berukuran kira-kira 17 sentimeter setiap satu.

Walaupun pelik, saya anggap kejadian ini perkara biasa dan tidak membawa maksud lain di sebalik kejadian itu.


Biri-biri ini membesar seperti kambing yang lain dan diberi makan dedak serta daun kelapa sawit. Selama menjaganya dari kecil hingga berusia setahun lapan bulan kini, ia tidak banyak ragam dan jinak.

Buat masa ini, saya belum berhasrat menjualnya kerana berasa sayang dan mahu menjaganya.- Hmetro

Wa Allahu'alam..

Keajaiban Laut Terbelah Di Pulau Jindo Megingatkan Umat Islam Kepada Kisah Nabi Musa


FENOMENA laut terbelah di Pulau Jindo, Korea Selatan kelihatan sama seperti kisah lautan yang terbelah pada zaman Nabi Musa sewaktu beliau dan pengikutnya lari dari kekejaman firaun di Mesir.

Namun bagi warga tempatan pula, ia mempunyai kisah tersendiri.Mereka mengaitkan kejadian ini dengan sebuah kampung di Pulau Jindo yang diserang harimau dan menyebabkan penduduk lari ke pulau terdekat, Modo, untuk perlindungan.

Namun, seorang wanita tua, Pong yang tidak mampu meninggalkan kampungnya di Pulau Jindo meminta bantuan Dewa Laut yang kemudian memisahkan laut untuk wanita tua itu lari dari bahaya haiwan liar di kampungnya itu.

Walaupun dengan pelbagai fahaman dan persamaan dengan sejarah agama Abrahamik, kejadian ini sebenarnya boleh dijelaskan dengan kaedah saintifik.

Kejadian yang berlaku beberapa kali dalam setahun adalah disebabkan pertebungan arus secara serentak yang menyebabkan air surut sebanyak tujuh meter lalu menyebabkan lautan terbelah dan menjadikan laluan sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 60 meter.

Kewujudan fenomena aneh ini diketahui ramai hanya selepas ianya ditulis dalam akhbar Perancis oleh duta negara itu, Pierre Randi sewaktu lawatannya ke Korea Selatan pada tahun 1975.

Semenjak itu, fenomena ini menjadi tarikan pelancong di Pulau Jindo dan disambut setiap tahun antara bulan Mac dan Jun.

Ia berjaya menarik seramai setengah juta orang di pesta itu dan dikenali sebagai “Jindo Yeongdeung Festival” atau Pesta Laut Terbelah Jindo.

Di pesta berkenaan, para pelancong dan penduduk setempat memakai kasut but getah berwarna kuning dan berpusu-pusu untuk mengumpulkan hasil lautan lain seperti tiram, ketam dan rumpai laut yang boleh didapati ketika lautan surut.

Hasil lautan itu kemudiannya boleh dimasak oleh peniaga kecil di sana atas permintaan pelanggan.

Terdapat tarikan lain juga sewaktu pesta ini seperti pertunjukan bunga api, lampu laser serta persembahan muzik tradisional.

Bagi sesetengah penduduk tempatan, kejadian ini tetap menjadi peristiwa mistik dan ramai yang berdoa dan bersembahyang di sana agar keinginan mereka serta keluarga mereka dimakbulkan.

Baru-baru ini, Malaysia juga telah dikejutkan dengan kejadian aneh di Lahad Datu, Sabah yang telah dikaitkan dengan kemungkinan berlakunya tsunami di Kepulauan Tambisan apabila ikan tamban naik ke darat dengan banyaknya.

Namun Jabatan Meteorologi Malaysia tidak dapat mengesan sebarang pergerakan kerak bumi di sekitar kepulauan itu.

Ketua Kluster Sumber Asli dan Alam Sekitar Majlis, Dr Ibrahim Komoo menyifatkan kejadian tersebut sebagai perubahan dalam laut sendiri seperti suhu air dan kadar kemasinan air laut.

Oleh kerana hanya sejenis ikan sahaja yang terlibat, beliau menambah bahawa ikan adalah haiwan yang sangat sensitif dengan perubahan kandungan air dan perubahan keseimbangan dalam diri ikan juga akan membuat mereka berkelakuan pelik. - TMI

Wa Allahu'alam..

Fenomena Ikan ‘Naik Ke Darat’ Di Lahad Datu Petanda Bencana?


Beribu-ribu ikan timbul di pesisiran pantai Kampung Tambisan di bahagian Timur Sabah, Lahad Datu sekaligus menimbulkan persoalan mengenai petanda bencana yang bakal berlaku hujung tahun ini.

Penduduk kampung rata-rata memungut ikan-ikan tersebut yang dikenali dengan nama ikan tamban.

Bagaimanapun penduduk tempatan, Suzila Abdullah berkata, fenomena seperti ini sudah berlaku sejak tiga tahun dulu.

"Tetapi tahun ini ia kelihatan berbeza kerana jumlah ikan yang timbul amat banyak," katanya dipetik daripada Mstar Online.

Suzila berkata, dia percaya musim sekarang yang berombak kuat membuatkan ikan-ikan ini naik ke darat tetapi hanya dua atau tiga hari sahaja. Saksikan video di bawah.


Ikan-ikan tersebut dipungut dan dimasak, manakala ada juga penduduk kampung yang menjual ikan tersebut di Lahad Datu atau daerah lain. Ikan tamban terkenal di kalangan penduduk kampung tersebut. – 24 Disember, 2013.

Wa Allahu'alam..

Memang Cantik, Ayam Bulu Kerinting Seluruh Badan

Seekor ayam yang berbulu kerinting telah menjadi popular di China. Ayam ini yang menetas pada April 2013.

Menurut pemiliknya, Zhang Yang, pada awalnya bulu ayam tersebut seperti ayam yang lain, namun hari demi hari bulu-bulunya menjadi semakin kerinting hingga memenuhi seluruh badannya.





Wa Allahu'alam..

Wanita Ini Suka Makan Ayam Dan Ular Hidup-Hidup


Warga Dusun Jangan Asem, Desa Trompoasri, Kecamatan Jabo, Sidoarjo, dihebohkan dengan seorang perempuan (38) yang mempunyai hobi aneh. Keanehan yang dimiliki oleh Miskaulah tersebut adalah makan daging ayam dan ular hidup-hidup. Selain itu darah dari binatang tersebut juga diminumnya. Pertama kali hobi tersebut diketahui, ketika seorang ibu dua anak tersebut datang berkunjung ke rumah sahabatnya di Pasuruan.

Tidak diduga sebelumnya, tiba-tiba ia meminta seekor ayam hidup kepada tuan rumah. Ayam tersebut tidak dipelihara, melainkan ayam etrsebut dimakan mentah-mentah.


Bahkan tanpa ra jijik, darah segar yang keluar dari ayam tersebut pun diminumnya. Ketika Miskaulah menyantap ayam mentah tersebut, terlihat sangatlah lahap.

Awal mulanya ayam hidup tersebut ia gigit di bagian lehernya hingga mati. Kemudian tanpa ragu ibu dua anak tersebut mencabuti bulu dan menguliti ayam dengan giginya.

Setelah bersih, daging ayam segar tersebut dimakannya dengan lahap. Berdasarkan pengakuan dari seorang ibu tersebut, hobi yang aneh itu telah dilakukannya sejak duduk dibangku kelas 4 SD. “Saat itu saya sering ikut bapak ke sawah untuk membuat batu bata. Karena sering merasa lapar saat di sawah, saya mencari ikan, kalajengking, jangkrik dan yuyu. Saya langsung memakannya,” kata Miskaulah usai memakan ayam.

Sehingga adanya kebiasaan tersebut berlanjut hingga kini ia dewasa. Kebiasaannya makan ayam dan ular hidup tersebut, kini sudah menjadi hobinya. Bahkan ia pun mengakui kalau sehari tidak makan ayam maupun ular mentah, badannya akan terasa meriang (demam) dan lemas. Dengan melakukan terapi, kini ini ia berusaha untuk menghentikan perilakunya yang aneh tersebut. Dahulu sebelum melakukan terapi, setiap hari bisa 3-5 ekor ayam mentah yang dimakannya.

Namun setelah melakukan terapi kini hanya 1-2 ekor setiap harinya. Kini berat badan perempuan tersebut mencapai 101 kg.
Wa Allahu'alam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
JENAYAH SANA SINI
ISU SEMASA

EDISI PELIK

KONSPIRASI DUNIA

NUR HIDAYAH

BERITA & INFORMASI

BERITA GLOBAL

RAGAM MANUSIA

KESESATAN SYIAH

DUNIA ARTIS

FaceookGoogle+TwitterLinkeDinEmail